Bab 1
AKU pandang wajah dia. Aku tenung wajah dia. Aku teliti wajah dia. Manalah tahu, wajah dia yang hensem tu bertukar jadi alien ke transformer ke, tak ke haru aku nak menyelamatkan diri dari dia. Memang hensem. Sesangatlah hensem wajah dia ni tapi sayang otak mereng+senget. Dahlah muncul terus terpacak depan aku secara tetiba, untung jantung aku kuat. Kalau tidak, waalaikumussalamlah jawabnya.
Lepas tu, ajak aku pergi lunch dengan dia tanpa memperkenalkan diri. Sah-sahlah aku memang tak akan dan pasti yang aku tak nak ikut dia tapi disebabkan MS(Minah Search) sebelah aku beria-ia menyuruh aku ikut juga dia ni, terpaksalah aku ikut dia. Sekali lagi, ya. TERPAKSA. Bukan apa, aku takut dia culik aku lepas tu jual dekat Thailand, dahlah aku ni cantik tak ke naya nanti. Ayat last tu terlebih perasaan aje. Ehh!! Biarlah, aku memang cantik+cun+ayu gitu.
Lepas ikut dia masuk ke kedai Rengit Coffe, belum sempat aku cecah punggung dekat kerusi sekali lagi dia buat perkara yang boleh buat aku sewel separuh hari. Dia ajak aku kahwin. Kahwin!! Kahwin, kau tahu tak? Ayat tak boleh blah dia tu. Ya Allah... ‘Saya ni bukan jenis romantik atau mat jiwang. Biar saya berterus terang, saya nak berkahwin dengan Aryan.’ Pehh!! Lurus aje ayat dia tu. Tak ada conner-conner langsung. Mahu rahang bawah aku tak nak jatuh pula masa tu.
Sah otak dia memang ada problem tahap kritikal. Tahap yang tak boleh nak diselamatkan ataupun memang tidak perlu diselamatkan lagi. Maaf kekanda, adinda bukan doktor sakit jiwa atau doktor haiwan kalau kekanda ada masalah mental sila pergi hospital bahagia atau istilah yang paling cun sekali hospital tanjung rambutan.
Kenapa tanjung rambutan? Kenapa tak letak tanjung pisang ke tanjung durian ke? Sebab hospital tanjung rambutan tu terletak berdekatan dengan tanjung yang banyak pokok rambutan, itu sebabnya dia letak tanjung rambutan. Hah!! Kalau tanjung tu ada banyak pokok durian, maybe baru dia letak tanjung durian. Dah kebetulankan, siapalah kita nak mempertikaikan. Dushh, dushh... nak aje aku hentak kepala aku dekat meja ni. Sama-sama mereng+senget.
“Macam mana dengan keputusan, Aryan?” tanya dia.
Rasa aku nak ketawa terbahak-bahak aje dekat sini dengar pertanyaan dia tu tapi aku takut aku pula yang kena hantar hospital bahagia ataupun hospital tanjung rambutan. Ish!! Tak nak aku. Aku belum cukup mereng lagi nak dihantar ketempat macam tu. Bagi aku sejuta pun, aku sanggup check-in dekat hospital bahagia tu. Ayat mata duitan aku dah keluar dah.
Tapi, yang buat aku bengong alias bengap tahap kura-kura ni. Pernah ke aku mohon mana-mana borang ‘Siapa nak kahwin dengan saya?’ ke? Atau aku tersilap isi borang ‘Siapa nak bagi saya duit sebanyak satu juta?’ kepada ‘Siapa nak kahwin dengan saya?’? Ataupun MS(Minah Search) tu tolong isikan borang ‘Siapa nak Kahwin dengan saya’ untuk aku?
Kalau betullah MS(Minah Search) itu yang tolong aku isi borang ‘Siapa nak kahwin dengan saya?’. Dengan tak segan silunya aku balut dia dengan sampul hadiah macam hadiah misteri lepas tu poskan ke Thailand menggunakan pos paling terlaju dekat dunia ni. Hah!! Baru puas hati aku tapi berani ke MS(Minah Seacrh) tu buat aku macam tu? Aku tenung balik wajah hensem dia tu.
Aku paksa otak aku berkerja keras untuk berfikir. Siapa dia ni? Jangan makhluk yang bukan berasal selain bumi sudah. Datang dari mana dia ni? Jangan datang berasal selain bumi sudah. Macam mana dia boleh muncul depan aku? Mesti pinjam kuasa Bidin ni. Oh!! Bidin. Kau bersubahat dengan dia, ya. Tapi macam pernah aku lihat wajah hensem dia ni. Dimana, ya? Jangan-jangan dekat tv? Penjenayah paling dikehendaki. WANTED!! Matilah aku kena culik dengan penjenayah paling dikehendaki ni.
Aku mengintip mana-mana celah atau ruang di kedai Rengit Coffe yang boleh memuatkan badan aku untuk melarikan diri dari penjenayah paling dikehendaki yang duduk depan aku ni. Naya aku kalau dia berjaya menculik aku dan bawa aku lari ke sempadan Thailand. Kena kahwin paksa dengan penjenayah paling dikehendaki tapi best jugak sebab dia hensem. Huhuhuhu... tapi aku tetap tak nak. Tak nakkk......
“Jangan risau. Saya bukan penjenayah paling dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa.” Aik... macam mana dia tahu apa yang aku tengah fikirkan? Dia ni salah satu keturunan Pak Belalang ke? Atau nak moden sikit, dia ada pertalian darah dengan Bidin yang duduk dekat Ploto tu. Walau dia cakap macam tu sekali pun, aku masih ragu-ragu dengan diri dia. Siapa dia sebenarnya? “Kalau Encik bukan penjenayah. Jadi Encik ni siapa sebenarnya?” tanyaku.
Dia tersenyum manis. Mak ai... menawan gila senyuman dia. Bisa gugur jantung aku dari dahan ni. Tak pasal-pasal aku kena masuk bahagian kecemasan dekat hospital tanjung rambutan sebab terlebih meroyan kena gula-gula asmara dia tu. “Saya Sarhan, berusia 34 tahun, masih bujang tapi insyaallah kalau Aryan nak kahwin dengan saya masa tu saya bukan bujang lagi.” Dia kenyetkan sebelah matanya. Ehh... gatal+miang, siapa nak kahwin dengan dia? “Ada pendapatan yang kukuh kalau setakat menanggung Aryan dan anak-anak kita nanti, insyaallah terlebih cukup.” Rahang bawah aku jatuh. Biar betul dia ni? Sampai pasal anak pun dia dah buat perancangan. Memang dahsyat.
“Sekarang ni, saya duduk dengan Tok Ku sebab saya tak ada adik-beradik maksudnya saya anak tunggal. Okey.. cukup ke penerangan saya? Aryan dah kenal saya, kan?” sambung dia. Cehh!! Setakat nama dia Sarhan dengan maklumat-maklumat yang dia bagi tu macamlah aku ni bodoh sangat nak kahwin dengan dia. Harap maaf, layanan anda tidak dapat dilayan.
Aku menggeling kepala. “Tak cukup.. bagi saya semua itu tak mencukupi hingga saya sanggup berkahwin dengan Encik Sarhan. Lagi satu, takkanlah nama Encik Sarhan hanya Sarhan? Mungkin, depan Sarhan tu ada Mohd ke Ahmad ke Abdul ke kalau nak gempak sikit Raja ke Tengku ke Sultan ke Yang berhormat ke?” Soalku panjang berjelar. Dia tersenyum. Ish... kerja dia asyik senyum aje, nak buat aku angaulah tu. Tak boleh, tak boleh...
“Sarhan.. tak ada Mohd, Ahmad ataupun Abdul. Just Sarhan.” Jawabnya dengan senyuman maut dia. Dia ni, memang sajalah nak buat aku angau dengan dia. Mesti salah satu taktik dia nak goda aku supaya aku nak berkahwin dengan dia. Tak boleh, tak boleh... “Dan lagi satu, dari tadi saya nak bagitahu Aryan.” Berkerut dahiku mendengar ayat dia. Dia nak bagitahu pasal apa pula? “Jangan panggil saya Encik.” Habis tu, nak panggil apa? Abang? Honey? Darling? Tak pun hubby? “Panggil aje Syah kalau nak lebih mesra panggil abang pun saya tak kisah.” Dia senyum.
Aku rasa rahang aku dah jatuh sampai ketanah bila dengar ayat ‘Abang’ tu. Kes gila tahap gaban ni. Muncul pun tak bagi notis dua puluh empat jam, terus nak buat aku lelah hati. Silap-silap haribulan ada aku jadi penghuni hospital tanjung rambutan. “Jangan nak buat lawak dengan saya. Saya bukan juri program Raja Lawak Astro.”
Dia senyum. “Up to you, Aryan. Setahu saya, saya tak ada pula buat lawak dari tadi. Sejak awal pertemuan kita, saya serius. Serius nak berkahwin dengan awak.” Kata dia sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.
Pehh!! Memukau gila mata dia. Boleh terangau aku dibuatnya, bukan aku memang dah angau ke? Ah!! Letak ketepi, yang penting pandangan mata dia tu boleh mencairkan semua hati perempuan termasuk aku. Senyuman dan pandangan dia memang mautlah. Memang terlentok habislah perempuan yang mendampingi dia ni kalau dia jenis romantik, confirm perempuan tu rasa macam berada di syurga bersama bidadara. Untung badan, siapa dapat dia ni tapi diakan dari tadi ajak aku kahwin. So akulah yang bertuah? Wah!! Seronoknya tapi aku belum terdesak lagi, ya.
“Tapi kenapa Encik Sarhan pilih saya?”
“Janganlah panggil saya Encik.” Aku tersengih bila mendengar dia merayu aku jangan panggil dia Encik, dah aku suka panggil dia Encik nak buat macam mana? “Saya tak boleh bagitahu Aryan tapi saya memang ikhlas nak jadikan Aryan sebagai isteri saya.” Boleh pula macam tu? Ingat ikhlas aje boleh menjamin kebahagiaan ke?
“Saya tak kenal Encik Sarhan dan Encik Sarhan tak kenal saya. Apa kata Encik Sarhan cari perempuan yang lebih baik dari saya.” Cadangku kepada dia. Yalah.. dari cara pakaian dia pun, aku dah dapat agak yang dia ni jenis orang kaya. Baju semua berjenama, macam mana aku boleh tahu? Akukan kerja dekat Parkson bersebelahan dengan Carrefour, mestilah aku tahu. Jauh bezanya dia dengan aku, dari cara pemakaian pun dah tunjuk bertapa dalam jurang kehidupan dia dengan aku. Belum masuk bab kehidupan harian lagi, sah-sah aku memang tak sesuai untuk dia. Jadi dengan rendah diri, aku memang tak layak untuk dia. Cehh!! Ayat minta simpati pula aku ni.
Dia mengeluh. “Jangan panggil saya Encik, Aryan.” Aku tersengih. Maaf, saya jenis tak makan saman. Saya makan nasi aje. “Siapa kata saya tak kenal Aryan? Saya tahu semua mengenai Aryan. Duduk dekat mana? Duduk dengan siapa? Siapa saudara-mara Aryan? Semua itu saya tahu.” Mak ai... siapa yang ceritakan pasal aku dengan dia ni. “Saya tak nak perempuan lain, saya Cuma nakkan Aryan aje dan saya akan buat Aryan setuju berkahwin dengan saya.” Sambung dia. Uit!! Ayat last dia amat mengerunkan aku, ‘Saya akan buat Aryan setuju berkahwin dengan saya.’. Dia nak buat apa aje sampai aku setuju nak berkahwin dengan dia? Paru-paru aku mengecut. Oksigen... oksigen...
Best sangat ke dapat kahwin dengan aku ni? Soalan SS(Syok sendiri) aje. Sampai beria-ia dia nak kahwin dengan aku. Ke ada udang disebalik batu? Tapi kalau ada pun, apa tujuan dia? Dia nak bolot harta aku ke? Harta? Macamlah aku ni orang kaya sampai nak dibolot hartanya. Setakat motor cabuk aku pun dia nak juga, tak tahulah aku nak cakap apa.
“Macam nilah, Encik Sarhan. Apa kata bagi saya masa untuk berfikir dulu, bila saya dah ada jawapannya baru saya bagitahu dekat Encik Sarhan.” Dia mengeluh. Mungkin, sebab panggilan yang aku panggil dia tadi kut. Tak apalah, yaa... aku tersengih.
“Okey... saya harap jawapan Aryan itu akan mengembirakan saya.” Aku tersengih. Insyaallah, tak boleh janji. “Hemm... lama juga kita berbual, ya. Time lunch pun dah habis. Mesti Aryan nak sambung kerja, saya pun nak sambung kerja juga. Jadi boleh tak saya minta nombor Aryan?” soal dia. Hemm... nak bagi ke tak, ya? Kalau tak bagi, nanti kata sombong pula. Apa kena mengena sombong dengan tak bagi? Kata ajelah kau dah terangau dekat mamat ni. Hehehehe... jadi? Tak rugi apa-apalah aku bagi dia nombor telefon aku, kan. Aku angguk sambil menyebut nombor telefon aku.
Dia tersenyum. “Thanks, Aryan. Nanti saya call, Aryan.”
Sebelum dia beredar dia bagi aku satu senyuman paling menawan sekali. Bang!! Cantik tembakkan dia tepat kena sasaran. Cara tembakkan macam James Bon pula. Aduhh... hati aku telah ditawan, macam mana aku nak menyelamatkan diri. ‘Aryan tunggu panggilan abang’. Cewah!!! Ayat boleh blahlah aku ni. Dushh, dushh... terlebih SS(Syok sendiri) pula aku ni.
“Yan!!” satu panggilan serta dengan satu tepukkan kuat dibahuku.
“Oh, mak aku!” latahku. Kedengaran suara ketawa.
Jantung aku mengepam dengan laju kalah kuda hitam berlari dipadang pasir. Aku menjeling kearah pemilik suara yang ketawakan aku. Ceh, ceh, ceh... dah terkejutkan aku, lepas tu boleh ketawakan aku. Memang nak kena MS(Minah Search) ni. Aku mengecilkan mataku melihat MS(Minah Search) yang tengah ketawa.
............................................
“PEHH!!! Gilalah kau, Yan.” Lina pandang muka aku dengan riak tak percaya. Aku memang tak boleh nak salahkan minah ni, aku sendiri yang mengalaminya pun rasa tak percaya juga. Inikan pula si Lina ni. kalau bukan disebabkan tepukkan kuat dari Lina, aku masih dalam separuh sedar.
“Bila masa pula aku gila ni, Lina? Setahu aku, aku memang waras. Fikiran masih tak bersuku-suku lagi ni.” selamba aku bercakap. Lina dah mencebik. “Cakaplah betul-betul, Yan. Siapa mamat hensem GILALAH tu?” Lina tekan ayat ‘Gilalah’. Aku menggeling kepala sambil tersenyum.
“Nak berapa kali aku nak ceritakan dekat kau ni, Lina. Nama dia Sarhan, tujuan dia datang ke sini semata-mata nak jumpa aku. Puas hati.” Kataku sambil memandang wajah Lina. Bab Encik Sarhan ajak aku kahwin tu, aku tak bagitahu si Lina sebabnya tengok ajelah reaksi dia tadi. Aku baru aje cakap yang mamat hensem tu datang semata-mata nak jumpa aku dah macam apa reaksinya, ni belum lagi aku cakap mamat hensem tu ajak aku kahwin. Mahu kecoh satu negara dibuatnya si Lina ni. MS(Minah Search) ni memang tak boleh tutup mulut, semua benda dia nak terjerit-jerit. Aku tahulah suara dia boleh cecah nada paling tinggi, kalah Ziana Zain gitu gayanya. Itu sebab aku panggil dia MS(Minah Search), suara macam Amy Search tengah menyanyi.
“Ya ke?” soal dia tak percaya.
Aku mengeluh. “Iya..”
“Tapikan aku macam pernah nampaklah mamat tu?” aku pandang muka Lina yang tengah buat aksi berfikir. “Ah!!” aku terkejut mendengar Lina menjerit secara tetiba. Kus semangat aku terbang macam kepala terbang. Suka sangat menjerit MS(Minah Search) ni, aku sumbat dengan Paparoti karang. “Dia PEWARIS KHAWARIZMI CORPORATIONS.” Kata Lina. Berkerut dahi aku mendengar kata-kata Lina itu.
Biar betul? Tak mungkinlah. Kenapa aku tak kenal Pewaris Khawarizmi Corporations? Sebab jenis kau tak nak ambil tahu. Itu sebabnya, MS(Minah Search) panggil kau buta moden tapi kau tak nak mengaku pula. Sekarang ini, terbuktilah buta moden kau tu. Tapi tak kepelik Pewaris Khawarizmi Corporations nak jumpa aku yang tak seberapa penting ni dan paling dahsyat, dia ajak aku kahwin. Ha ha ha ha.... lawaknya. “Nama dia, Tengku Sarhan Bin Tengku Syahwal. Ah!! Betullah dia.” sambung Lina.
“Tak mungkinlah.”
“Betul!!” bersungguh-sungguh Lina berkata. Aku mencebik. “Kau tak percaya?” tanya Lina. Aku geling kepala. “Jom!!” kata Lina sambil menarik lengan aku. MS(Minah Search) ni nak bawa aku kemana?
“Kita nak kemana? Dah lambat nak masuk kerja ni. Kalau tahu dek MOG tu, mahu naya telinga aku ni dengar dia membebel.” Kataku tapi masih ikut Lina. ‘MOG’ tu maksudnya minah over gedik. Ini semua idea MS(Minah Search) nilah, aku Cuma tolong ikut MS(Minah Search) ni aje.
“Kejab aje. Alah, MOG tu tak akan tahulah kalau kita lambat sikit masuk kerja. MOG tu kerjanya mengipas Encik Haikal aje, mesti dia tak tahulah.” Selamba ayat Lina. Aku hanya menggeling kepala. “Tengok ni.” kata Lina sambil menunjuk sebuah majalah dikedai buku. Aku ikut arahan Lina tanpa banyak cakap.
Bulat mata aku memandang kulit majalah itu, tergesa-gesa aku mengambil majalah itu di rak buku bahagian majalah. Ya Allah, betullah tapi macam lain sikit aje. Aku tenung betul-betul wajah hensem ‘TENGKU SARHAN BIN TENGKU SAYAHWAL’. Penipu... tadi aku tanya dia siapa dia tapi dia cakap ‘Sarhan’. Bila aku tanya lagi, dia cakap ‘Just Sarhan’. Apa maksud dia sebenarnya? Apa niat dia sebenarnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan