Bab 4
“WAHHH….” Aku jerit sekuat hati. Bukan setakat aksi Tarzan aje aku tiru, aksi CatDog lari dari kumpulan pembuli tu pun aku tiru. Adalah aku tawaf dekat pokok rambutan tu beberapa kali sebelum aku dengar Opah panggil aku.
“Opahhh!!” aku jerit panggil Opah bila nampak Opah berdiri tegak dekat pintu belakang sambil pegang sudip. Aku terus peluk Opah dengan erat.
“Kenapa ni?” soal Opah.
“Ada ‘Benda hijau’.” Kataku sambil menunjuk kearah belakang badan aku. Fobia+alergi aku dengan ‘Benda hijau’ tu. Nak bersentuhan pun jangan haraplah. Aku memang anti dengan ‘Benda hijau’ tu.
“Mana? Meh sini Opah tengokkan.”
Aku pusingkan badan aku. Janganlah ‘Benda hijau’ tu masuk dalam baju aku. Tak dapat nak bayangkan ‘Benda hijau’ tu meraba badan aku yang mulus ni.
“Tak ada pun.” Kata Opah sambil mengibas baju-T aku. Bulat mata aku mendengar ayat Opah tu. Tak ada. Jadi kemana dia menghilangkan diri? “Masuk baju tak?” soal Opah.
“Apa?” jerit aku sambil mengibag-ngibas baju-T aku dengan bersungguh-sungguh supaya ‘Benda hijau’ tu keluar dari dalam baju-T aku. Macam tak nampak aje badan lembik tu keluar ataupun jatuh kebawah. Wah, tolong!!
“Opah gurau ajelah.” Kata Opah sambil menepuk bahuku perlahan-lahan. Aku pandang Opah dengan pandangan harapan yang paling tinggi dari langit ketujuh. Aku nak sangat ayat Opah aku tu betul. Nak sangat!
“Mungkin, jatuh tadi masa Hanny lari macam nak apa. Gaya lari pun mengalahkan kuda belang tengah lari.” Sambung Opah.
Aku mengetap bibir menahan kegeraman. Boleh pula Opah aku bergurau time darurat macam ni? Macam nak tercabut aje jantung aku ni dengar ayat dia tu tadi. Ish!! Jiwa muda betul Opah aku ni.
“Suka betul Opah kenakan Hanny.” Kataku dengan nada merajuk.
Opah tersenyum. “Alah, bukan selalu Opah kenakan Hanny.” Kata Opah sambil melangkah masuk kedalam.
“Tak hilang lagi ketakutan kamu, Hanny?” soal Opah sambil mengacau kuah dalam periuk.
Aku duduk dekat kerusi. “Mana nak hilang Opah. Kalau ‘Benda hijau’ tu duk suka mengusik-usik Hannya aje kerjanya.”
Opah menggeling. “Hemm... payahlah macam tu kalau nak buat kerja.”
“Memanglah payah. Asyik terhenti aje kerja Hanny tu. Ini semua pasal Buntal kalau ada Buntal depan mata Hanny. Mahu Hanny lenyek-lenyekkan dia macam pisang.” Kataku sambil buat aksi melenyekkan.
“Buntal... kamu masih berdendam dengan dia ke?” seraya menyoal, Opah rasa kuah lauk yang dia kacau tadi.
“Tak adalah sampai berdendam Opah. Cuma geram aje.”
Semua ni disebabkan Buntallah. Dulu, aku bukan jenis takut benda ala macam tu tapi disebabkan dia, sampai sekarang aku fobia+alergi dengan benda ala tu.
“Udah-udahlah perasaan geram kamu tu, Hanny. Sekarang ni, pun Buntal bukan buntal lagi.” Ayat Opah tu buat dahi aku berkerut. ‘Buntal bukan buntal lagi’ apa maksud Opah aku ni? Nak main teka-teki pula dengan aku ni.
“Dah kurus dah si Buntal tu sekarang ni. Jadi, doktor lagi tu.” Kata Opah sambil mematikan api dapur.
Wah!! Berjaya juga kau ya Buntal jadi doktor. Aku ingat Cuma angan-angan kecil kau aje. Tak sangka, kau jadi doktor juga. Tapi bab kurus tu, aku kurang percaya. Mana boleh ikan buntal jadi kurus. Keliru, keliru....
“Makin hensem Opah tengokkan, macam hero dalam cerita Wanted.”
Aku terlopong. Biar betul apa yang aku dengar tadi? Wanted! Perghh!! Opah aku ni bukan calang-calang oranglah. Mengalahkan aku yang muda-mudi ni aje. Memang sesuailah dengan gelaran Cik Buta Moden tu untuk aku.
“Biar betul Opah muka Buntal macam hero dalam cerita Wanted? Entah-entah macam muka ikan paus.” Aku bantai gelak dan hampi-hampir nak tergolek dari kerusi.
Opah menggeling melihat kelakuan aku yang tak serupa macam anak dara. “Kamu jangan cakap macam tu, Hanny. Nanti kamu tengok si Buntal tu, mahu terlopong mulut kamu.”
“Terlopong sebab tengok kebuntalan dia ke Opah?” soal nakalku.
“Jangan duk kutuk-mengutuk, ada kamu suruh Opah pi hantar rombongan meminang untuk Buntal pula.”
Aku dah bantai gelak tapi aku taklah gelak lebih-lebih macam tadi, takut aku betul-betul tergolek dari kerusi ni. Hantar rombongan meminang? Cayalah Opah aku ni. Rasa nak test market dekat Opahlah.
“Ada hensem macam Pewaris Khawarizmi Corporations tak Opah?” soalku. Yalahkan, industri perfileman pun Opah aku ikuti apatahlah lagi industri yang melibatkan ekonomi Malaysia.
Opah pandang aku lain macam. Cara macam nak kasi tembus aje.
“Syah lagi hensem.”
“Hah?”
Syah mana pula Opah aku maksudkan ni? Syahmil? Syahwal? Syah Jihan terlebih miskin? Ah! Kalau nak gampak lagi, Shah Rukh Khan. “SRK ke Opah? Kalau SRK tu, memang tak ada tandingannya.”
Opah masih pandang aku dengan pandangan tadi. Dia tersenyum sambil mengangguk. Something wrong somewhere betullah Opah aku ni. Syah mana aje yang dia masukkan tu. Dahi aku berkerut bila ada benda duk khusyuk mengesil-gesil dikaki aku.
“Wahhh!!” jerit aku sambil memejamkan mata serta mengangkat kaki keatas.
.............................
“KENAPA, Hanny?” soal Opah
“Ada benda duk mengesil dekat kaki Hanny. Hanny rasa ‘Benda hijau’ tu yang punya angkara.” Kataku sambil menunjuk kearah bawah. Mata aku masih terpejam. Tak sanggup nak bertemu mata dengan ‘Benda hijau’ tu.
Berkerut dahi aku bila dengar suara Opah tengah ketawa. Sampai hati Opah ketawakan aku dalam keadaan macam ni. Merajuk kang!
“Ni Hanny kata ‘Benda hijau’?” soal Opah.
“Yalah.” Kataku sambil mengangguk laju.
“Cuba Hanny tengok bertapa comelnya ‘Benda hijau’ ni.”
Berkerut dahi aku mendengar kata-kata Opah aku tadi. Comel? Comel lagi anak kambing Pak Yus hujung kampung tu. Sah!! Opah aku ada problem ni. “Tak mahu.” Kataku sambil mengeling.
“Jebonlah.”
Jebon? Atok Mi ke? Eh, bukan! Atok Mi James Bond, nenek dia pula Cik Embun. Dush... dushh.... nak aje aku hentak-hentak kepala dekat meja makan ni. Dalam keadaan darurat macam ni pun aku sempat buat lawak terlebih antarabangsa pula.
“Kucinglah.” Kata Opah sambil menyerahkan Jebon dekat aku.
Aku buka mata aku perlahan-lahan. Perghh!!! Putih sesuci giler kau, Jebon. Dengan muka bulat dia, hidung warna merah jambu, mata besar dengan bulat. Comelnyaaa....
“Comelnya, Opah. Bila masa Opah bela Jebon ni?” soalku sambil menggosok belakang kepala Jebon.
“Adalah sebulan. Masa tu, Opah baru balik dari kedai. Tiba-tiba, dengar kucing mengiau dekat dalam semak. Opah tengoklah, rupa-rupanya Jebon dekat dalam semak dengan kaki luka. Itu yang Opah bawa balik untuk rawat kecederaannya.” Kata Opah sambil bergerak ke singki.
Aku mengangguk. Comelnya kau, Jebon. Macam anak patung pula aku tengokkan. Geramnya aku tengokkan kecomelan kau tu. Tapi buang tenaga aku aje duk menjerit-jerit macam Tarzan tadi. Kau saja nak kenakan aku ya Jebon?
“Meaoww..” jawab Jebon.
Aik!! Pandai pula dia menjawab soalan yang ada dekat kepala aku ni. Hebat-hebat.
“Sebab dekat rumah ni Opah tinggal sorang aje. Itu yang Opah bela Jebon. Nak tunggu kamu balik, mahu berjanggut Opah tunggu. Sibuk dua puluh empat jam aje.”
Aku berhenti dari membelik Jebon. Alah, Opah ni. Suka sangat ungkit benda ni. Lemah hati betullah aku nak layan. Rasa perasaan serba salah aku tak lama lagi nak serbu kesetiap sudut hati aku ni. kalau dah muncul perasaan macam tu, payah aku nak usir perasaan macam tu dari hati aku ni. Tengok!! Aku dah mula nak sedih ni.
“Maafkan Hanny, Opah.” Kataku mendatar.
“Tak apa. Opah faham dengan kerja Hanny. Opah tak marah Hanny pun.” Pujuk Opah.
Bertambah perasa dekat hati aku ni. Dahlah perkara aku kena ‘Buang kerja’ tu, aku tak bagitahu Opah. Bertambah-tambah, sedih dekat hati aku ni. Aku malas nak menyusahkan Opah lagi. Biarlah masalah tu aku selesaikan sendiri. Cukuplah aku menyusahkan dia dari dulu lagi. Biarlah, aku tanggung semua masalah aku tu.
“Hanny.” Opah mengamit kearah aku.
“Opah.” Kataku sambil memeluk Opah. Time ni, aku dah terlupa tentang Jebon. Aku tak pasti aku ajak Jebon peluk Opah sekali atau dia terjatuh dari riba aku sebab aku bangun tanpa bagi dia notis untuk berjaga-jaga.
“Dahlah. Jangan buat muka macam tu. Tak lawa cucu Opah macam ni.” gurau Opah.
“Opah ni.” kataku sambil menarik muncung.
Opah ketawa melihat reaksi aku tu. Aku memang beruntung memilik seorang Opah yang begitu penyayang sekali. Walaupun, aku dah kehilangan kedua-dua orang tuaku. Aku tak pernah rasa kekurangan kasih sayang kerana aku ada Opah kalau tak ada Opah, aku sendiri pun tak tahulah apa yang bakal terjadi kepada aku.
“Meaoww...”
Aku dengan Opah berpandangan sebelum memandang Jebon ditengah-tengah pelukkan kami itu. Ya Allah, aku ajak Jebon peluk Opah sekali. Jebon, Jebon. Aku dengan Opah ketawa.
Ha ha ha.... aku dah tukar n3 sebelum ni dengan n3 baru tapi masih bab yang samalah.. kulit tak bertukar tapi isi bertukar.. ha ha ha
BalasPadam