Rabu, 22 Disember 2010
Senarai Novel Yang Berstatus Loading....
Label:
Cerita Saya
Sabtu, 18 Disember 2010
222?! Bab 1
Bab 1
“EH, Leen!! Buah hati kau datang.” Ayu menepuk-nepuk lengan aku.
Aduii... mak cik ni kalau ya pun buah hati aku yang sebenarnya bukan buah hati aku datang pun janganlah lengan aku yang jadi mangsa. Kalau tiap-tiap hari macam ni, mahu tangan aku tak serupa tangan dah. Aku menarik tangan aku yang menjadi mangsa Ayu tu.
“Sakitlah, Mak cik. Mak cik ingat tangan Leen ni tangan anak patung ke ditepuk-tepuk, macamlah ada habuk?” Perli aku sambil menggosok lengan yang menjadi mangsa Ayu tadi.
Ayu hanya tersengih mendengar perlian aku tu. Itu ajelah model kau, Ayu. Malas dah aku nak tegur ke nasihat. Semua tak jumpa jalan masuk kedalam kepala kau tu. Ayu menarik lengan aku dan menggosoknya dengan perlahan.
“Sorry... tak sengajalah.” Ayu tersengih lagi.
Aku menggeleng dan menarik lengan aku dari gosokkan Ayu tu.
“Tak apa. Untunglah aku ni jenis kawan tak ambil kisah kalau aku ni jenis ambil kisah...”
“Mesti kau kena sekeh.” Potong Ayu sambil tersengih.
“Menyampuk bila aku cakap. Kau ni memang...”
“Nak kena sekeh.” Potong Ayu lagi.
Aku bulatkan mata aku yang sememangnya bulat. Memang nak kenalah mak cik ni.
“Alah, guraulah.” Ayu buat muka comel dekat aku.
Untunglah kecomelan yang kau buat tu boleh meredakan kemarahan didalam hati aku ni kalau tidak memang dah kena telan dengan aku sekarang ni juga.
“Gurau pergi masuk program Raja Lawak sana.” Aku sambung makan mee goreng aku yang terhenti disebabkan mak cik sebelah aku ni.
“Apa pula? Raja Lawak tu untuk orang buat lawaklah manada buat gurau.” Tungkas Ayu sambil memandang aku yang tengah makan.
“Apa-apa ajelah.” Aku buat tak endah dangan apa yang Ayu cakapkan.
Aku nak makan pun tak senang. Ada aje gangguan bila makan dengan mak cik ni. Selera aku yang tadi punyalah baik, sekarang ni macam ala-ala nak terbantut aje. Kesian dekat mee goreng kesukaan aku ni. Mee goreng janganlah sedih, Leen pun sedih sebab perut Leen lapar tapi tak ada mood nak makan disebabkan mak cik sebelah ni.
Tapi rasa macam agak pelik aje. Tetiba, mak cik sebelah aku ni membisu macam anak patung. kenapa mak cik sebelah ni senyap aje. Dah!! Bila masa jadi mak cik bisu ni? Aku menoleh kearah Ayu yang duduk disebelah aku. Muka macam nampak hantu tu, kenapa? Pucat lesu macam mayat hidup aje aku tengokkan.
“Kau kenapa? Muka pucat macam nampak hantu aje.” aku menghentikan suapan.
“Buah hati kau tengah tengok sini.”
“Hah! Buah hati aku. Bila masa pula aku ada buah hati ni?” soalan bodoh aku dibalas dengan jelingan ala-ala harimau betina nak terkam mangsa Ayu.
Mak cik ni, asal pula jeling aku macam tu sekali? Macam nak terkeluar aje biji mata tu. Aku mengelap bibir aku dengan tisu.
“Kau dari tadi cakap buah hati kau-buah hati kau dekat aku. Siapa buah hati aku tu?”
Ayu muncungkan bibirnya. Aku mengeluh. Bila aku tanya dimuncungkan bibirnya. Aku sumpah jadi itik karang.
“Siapa?” Ayu menutup mulut aku bila suara aku naik tiga volume.
Aku menepis tangannya dari mulut aku.
“Kau kenapa?” berkerut-kerut dahi aku.
“Suara kau tu.”
Aku julingkan mata.
“Dah aku tanya kau. Kau boleh buat muncung itik tu apasal?” Ayu tepuk dahi.
“Kau ni memang tak faham bahasa isyaratlah, Leen. Aku muncungkan bibir aku tu sebenarnya tunjuk buah hati kau tu.”
Lah mak cik ni bila masa masuk zon bahasa isyarat ni? Tup-tup dah buat isyarat dekat aku yang memang buta bahasa isyarat ni.
“Kau maksud buah hati aku tu duduk berhampiran dengan kita?” Ayu masih buat muka pucat lesunya.
Aku garu kepala yang tidak gatal. Mak cik ni memang nak naikkan darah akulah. Lama-lama, mahu aku kena darah tinggi ni.
“Kau...”
“Haii... Leen, Ayu.” Tiba-tiba ada orang sapa aku dengan Ayu.
Siapa pula yang hai-hai dekat aku ni? Aku menoleh. JJ tersenyum manis dengan tangannya dimasukkan kedalam poket seluarnya itu. Lah!! Patutlah mak cik sebelah aku macam nampak hantu, rupa-rupanya hantu JJ ni yang dimaksudkan. Tapi bila masa JJ jadi buah hati aku ni? Bukan ke JJ ni buah hati pengarang jantung dia ke?
“Hai.. sorang aje ke, JJ?” soalku beramah mesra.
Jangan nak sombong dekat mamat ni sebab bapak mamat ni adalah pelanggan penting dekat syarikat yang sekarang ni aku dengan Ayu kerja. Jadi, kenalah ramah mesra walaupun hakikatnya aku bukan jenis mesra luar alam macam mak cik sebelah aku ni.
“Nope... datang dengan member.” JJ tunjuk seorang lelaki yang tengah sibuk dengan telefon bimbitnya.
Gaya macam Perdana Menteri pula aku tengokkan mamat tu. Serius macam tengah buat meeting pasal masalah negara aje.
“Ohh... jadi tak dapatlah nak pelawa JJ makan sekali dengan kita orang.” gurau aku.
JJ tersenyum dan pandangannya jatuh kemuka Ayu. “Itulah, tak ada jodoh kita nak makan bersama hari ni. Lain kalilah kita makan bersama. Itu pun kalau Leen sudi makan dengan orang macam saya ni.”
Sepatutnya ayat JJ tu sebenarnya ayat aku. JJ tu anak orang berada, manalah nak sama taraf dengan aku yang setakat anak orang sederhana tapi budi bahasa mengalahkan kerabat diraja tu.
“Alah.. kita orang tak kisah kalau JJ yang belanja kita orang makan.” Gurau aku lagi.
Hampir nak tersungkur aku dari meja bila siku aku disiku dengan mak cik sebelah aku yang dari tadi mendiamkan diri macam anak patung. Aku jeling dekat Ayu.
“No hallah, setakat belanja. Yang penting Leen dengan Ayu sudi keluar makan dengan saya.” JJ tersenyum dan masih memandang Ayu yang tengah menunduk.
JJ ni memang jenis pemurah dengan senyumannya. Patutlah budak-budak office aku suka sangat dekat JJ ni termasuklah mak cik sebelah aku yang tak nak mengaku ni. Dan dari tadi aku perhatikan JJ memerhatikan Ayu yang duk menunduk macam takut lantai restoran ni nak terbelah dua. Apa-apa ajelah kau orang berdua ni.
“Woii, bro. Sudah-sudahlah, mengayat anak dara orang tu. Aku dah kebulur tahap orang-orang kena bencana alam ni.” rungut kawan JJ.
Tak senonoh betul kawan JJ ni. Orang kena bencana alam disamakan dia yang kebulur tu. Gaya macam tak makan sepuluh hari aje. Memang tak sesuai dengan muka serius ala-ala Perdana Menteri tu.
JJ tersenyum sambil pandang muka Ayu. “Okeylah.. member saya dah panggil. Bye.. Leen, Ayu.”
“Bye.” Aku mengiring pemergian JJ dengan senyuman manis.
“Kenapa kau layan JJ tu?” soalan Ayu buat dahi aku berkerut.
.....................
AKU tahan ketawa aku dari meletus bila dengar cerita Ayu tu. Patutlah masa jumpa JJ tadi Ayu buat muka macam nampak hantu. Rupa-rupanya, Ayu telah melakukan kesalahan amat besar dekat JJ. Tapi kenapa aku tak tahu? Bila masa Ayu buat macam tu?
“Bila masa kau tengking JJ? Asal aku tak tahu?”
Aku pandang Ayu yang tengah bermain klip kertas. Macam tulah gaya Ayu bila rasa serba salah dekat seseorang.
“Pembetulan, ya. Aku bukan tengking dialah tapi tertengking dia sebab dia langgar aku yang tengah pikul fail-fail yang tinggi macam gunung berapi negara jiran sebelah kita tu.”
“Masa tu, aku dekat mana?” aku tongkatkan dagu sambil memandang muka gelisah Ayu.
“Masa tu, kau mc sakit perempuanlah.” Jawapan Ayu buat dahi aku berkerut.
Mc sakit perempuan? Bukan minggu lepas ke? Maknanya, mak cik ni simpan rahsia ni dah dekat tujuh harilah.
“Minggu lepas baru kau nak bagitahu aku hari ni.” Ayu tersengih.
“Sorry aku bukan sengaja tak nak bagitahu kau. Cuma... Cuma...” Ayu jeling-jeling manja dekat aku.
“Cuma apa?” sergah aku.
“Cuma aku segan nak bagitahu kau. Mana tidaknya buah hati kau, aku tengking macam nak apa.”
Aku garu kepala yang tidak gatal. Buah hati aku lagi. Bila masa aku minta nak jadi buah hati JJ ni?
“Bila masa JJ jadi buah hati aku ni?” Ayu tersengih.
Baguslah betul jawapan mak cik ni. Ada aku hempuk kepala terus mereng satu hari ni.
“Malas nak layan kau. Lebih baik aku buat kerja aku.”
Aku semak balik proposel yang nak bagi dekat pelanggan. Karang salah, tak ke terkial-kial aku nak menjawab dekat pelanggan ni. Bukannya semua pelanggan baik macam bapak JJ tu. Kalau ada tersilap dekat mana-mana proposel mesti bapak JJ hanya nasihat agar lebih teliti dan tidak mengadu dekat big boss aku. kalau pelanggan lain, hampeh!
Mesti seronok kalau semua pelanggan sama perangai macam bapak JJ tu. Senang hidup aku masa nak present dekat mana-mana pelanggan. Kalau tidak, kecut aje perut aku bila nak present dekat pelanggan yang perangainya heng sikit. Kalau, heng banyak. Mati hidup balik aku kena buli dengan pelanggan tu. Yalah, orang perempuan yang present. Dibuli habis-habisan, nak bangkit pun macam dah tak ada kekuatan diri aje.
Tapi setakat ni alhamdulillah, aku tak pernah jumpa pelanggan yang perangainya heng berbanyak tu. Minta dijauh-jauhkan. Rasa macam belum bersedia lagi nak berjumpa pelanggan macam tu. Mahu aku menangis depan pelanggan tu sebab kena buli. Hukhukhuk..
“Ayu... kau nak tahu anak bos kita yang belajar dekat UK dah balik.” tiba-tiba Mawar muncul dekat tepi meja Ayu.
Eh, minah ni. Muncul tetiba aje, dah macam hantu aku tengokkan. Dahlah salam tak bagi terus aje serbu. Kalau si Ayu ataupun aku ada sakit lelah hati, mahu koma 30 tahun ni. Minah ni memang terkenal dengan sikap kewartawanan sebab semua maklumat yang kita orang dekat office ni tak tahu, dia boleh tahu dan setiap maklumatnya boleh dipercayai. Aku rasa dia salah mohon tempat kerjalah. Sepatutnya dia mohon kerja dekat syarikat akhbar ataupun Melodi bahagian terjah tu.
“Ya ke? Wah! Bestnya...” Ayu buat muka miang-miang kucing siamnya.
Aku hanya geleng aje sebab aku tak berminat sangat bab lelaki ni tapi aku bukanlah jenis yang suka perempuan, ya. Aku tak minat sebab lelaki tak pandang aku macam perempuan. Dia orang semua pandang aku macam kawan sejenis dia. Ada ke patut? Aku punyalah sikap macam gadis melayu terakhir ni dianggap macam kawan sejenis dia. Hampeh!
Lagi satu, aku rasa aku masih tidak memerlukan lelaki dalam kehidupan aku ni kecuali Ayah dengan Adik. Aku rasa sayang dengan kebebasan aku sebagai orang yang tidak berpasangan. Payah ada buah hati pengarang jantung dan limpa ni. Setiap apa yang kita nak buat atau nak kemana mesti kena buat laporan harian. Kalau buat laporan seminggu sekali ke sebulan sekali ke, tak apalah juga. Mengalahkan Emak dengan Ayah aku dekat kampung aje.
“Ada lagi yang best dari tu. Anak bos kita yang balik dari UK tu, akan jadi bos kita.” Ayu buat mata bersinar-sinar.
“Memang best. Bila anak bos kita yang balik dari UK tu masuk kerja?”
Dah yang mak cik dengan minah ni dari tadi sebut ‘Anak bos kita yang balik dari UK’ ulang-ulang apasal? Tak pernah nampak orang balik dari UK ke? Aku hanya mengeleng.
Mawar tersenyum. “Dengar khabarlah. Minggu depan anak bos kita yang balik dari UK masuk dekat department kita tapi aku kurang pasti hari apa.”
“Bestnyaaaaa....” serentak Ayu dengan Mawar sebut ayat tu.
Aku garu kepala yang tidak gatal. Dah kena sampuk angin dari UK ni mak cik dengan minah ni.
“Dengar cerita anak bos kita yang balik dari UK tu bujang lagi. Dan yang paling penting hensem macam pelakon Korea Dennis O Neil.” Mawar dengan Ayu buat senyuman mengerunkan tapi bagi akulah. Tak tahulah dekat mana-mana lelaki yang nampak senyuman mereka ni macam senyuman perempuan ala-ala pemalu.
“Leen... macam Dennis O Neil.” Ayu angkat kening dekat aku.
Aku tunjuk muka selamba dekat Ayu dan buat balik kerja aku yang tergendala sebab ada Berita Utama dekat RH Holding yang dihos oleh Cik Mawar Merah Binti Tulip Putih yang mengenai ketibaan anak bos yang baru balik dari UK tu. Sesuka hati aku tambah nama Mawar macam tu. Kalau tahu tuan punya nama, mahu aku kena panggang macam ayam panggang.
“Kaukan minat cerita Korea. Takkanlah tak teruja langsung?” Ayu dengan Mawar pandang aku macam pesalah yang harus diadili sekarang juga.
“Aku memanglah minat cerita Korea tapi setakat iras-iras macam pelakon Korea tu buat apa. Aku nak orang yang sebenarnya yang datang.” Mawar dengan Ayu buat muka menyampah. Ada aku ambil kisah dia orang nak buat muka macam mana sekali pun. “Lagi pun, aku tak minat sangat Dennis O Neil ni. Aku lebih minat dekat Lee Dong Wook.” sambungku sambil mengambil highlight pen dekat bekas cawan yang aku jadikan tempat letak pen dan barang yang sewaktunya, yang terletak dekat hujung meja aku.
“Tak seronok betul berbual dengan kau, Leen. Langsung, tak teruja bila masuk bab lelaki ni. kau ni ada masalah ke?” Mawar tongkat dagu dekat meja aku sambil perhatikan aku yang tengah sibuk menyemak proposal.
Aku pandang dia dengan perasaan tak sakit hati sebab aku ni memang jenis tak kisah orang nak cakap apa tentang aku. Yang penting, tak mengganggu kerja aku dekat tempat kerja aku ni.
“Aku tak ada masalahlah. Aku normal macam kau dengan Ayu ni. Cuma belum tiba masa aku nak teruja bila masuk bab lelaki ni. Belum masanya.” Aku pusing-pusingkan highlight pen dekat tangan aku.
“Ohh... belum masanya. Tapi aku nak sangat tengok muka teruja kau bila masuk bab lelaki ni.” Mawar tersengih. Ayu pula berlipat kali ganda sengihannya.
Aku hanya mengeleng.
“Tunggu aku jumpa Mr. Rigth aku dululah, ya.”
Mawar dengan Ayu mengangguk. ‘Tunggu aku jumpa Mr. Rigth aku dululah, ya.’. Betul ke ayat tu terkeluar dari mulut aku? Sah! Otak aku dah mereng macam mak cik dengan minah ni. Kena cuci dekat mesin basuh automatik ni.
“Tak nak sambung kerja ke?” perli aku bila Mawar dengan Ayu masih pandang aku.
Mawar dengan Ayu tersengih dengar perlian aku tu. Aku mengeleng. Suka hati koranglah, bukan hal aku pun. Aku sambung balik menyemak proposel yang nak dihantar ke tingkat 6 sebab big boss nak proposel ni petang ni juga.
Langgan:
Catatan (Atom)