Bab 3
“AKU bengang betul dengan Encik Haikal. Bengang!!” jerit Lina. Terkejut aku bila Lina menjerit secara tiba-tiba. Untung jantung aku masih utuh dan kuat duk berpaut dekat dahan kalau tidakkk... hemmm.... memang Minah Search, asyik nak test ketinggian suara aje.
Berkerut dahiku melihat wajah tidak puas hati Lina. Terlebih emosi pula aku tengokkan MS(Minah Search) ni. Aku aje tenang-setenangnya macam laut tanpa ombak, dia pula dah mengeletik macam kena panggang dekat gunung berapi yang tengah duk aktif meletup dekat negara jiran sebelah.
Untung juga dia menjerit dekat dalam rumah aku, setidaknya aku tahulah dia ni MS(Minah Search) kalau dia jerit dekat luar, ingat orang luar tahu ke? Makin dia orang kata dia ni orang gila kena serang sawan tahap meroyan, tak kepayah aku nak menyorokkan muka aku yang cun+ayu+gempak ni.
“Kau tak tahu ke sebabnya, Yan?” soal Lina.
Aku menggeling. Dah memang aku tak tahu. Takkanlah aku nak mengangguk pula.
“Kau ni pun satulah, Yan.” Marah Lina dengan reaksi aku tadi.
Aik!! Aku pula yang kena marah. Tadi Encik Haikal, sekarang aku pula yang kena. Apa-apa ajelah MS(Minah Search). “Aku memanglah satu kalau aku banyak, karang pening kepala kau nak melayan aku.” gurau aku.
Lina mengecilkan anak matanya mendengar lawak aku yang tak kena masa itu. “Serius, Yan. Takkanlah kau tak tahu apa sebab dan punca kau DIBUANG KERJA?” soal Lina sambil menekan ayat ‘DIBUANG KERJA’.
“Aku tak tahu.” Kataku sambil membetulkan kedudukan aku dikerusi.
“Apa yang kau tahu? Kau DIBUANG KERJA tanpa alasan kukuh dan munasabah, kau kata kau tak tahu. Lagi-lagi, kau dibuang kerja serta merta tanpa membolehkan kau membela diri sendiri. Kau tahu tak?” soal Lina lagi.
Aku mengeluh. Payah kebenor kalau dapat kawan yang terlebih emosi dari tuan punya badan yang mengalami masalah. “Aku tak tahu.” Jawab aku dengan nada ditekan. “Aku dah tanya Encik Haikal. Encik Haikal sendiri tak pasti apa punca aku dibuang kerja. Encik Haikal kata dia hanya menerima perintah Yang Terlebih Mulia Encik Ahmad supaya aku dibuang kerja. Takkanlah aku nak merayu? Jangan buang saya, Encik Ahmad. Saya merayu sesangat. Gitu yang kau nak?” soalku.
Lina menongkat dahi sambil menggeling. “Kau tak rasa pelik ke? Kau dibuang kerja secara tiba-tiba dan serta merta tanpa alasan kukuh. Kau tak rasa pelik ke?” soal Lina.
Aku garu kepala yang tak rasa gatal. Memang payah dapat kawan yang asyik tanya soalan yang aku sendiri tidak tahu nak jawab guna kaedah apa. Kaedah pengiraan? Kaedah kaji selidik? Kaedah karangan? Kaedah teknologi? Ataupun kesemua kaedah yang aku sebutkan tadi tapi semua kaedah itu tidak mampu untuk membantu aku menjawab soalan MS(Minah Search) ni.
“Entah.” Ringkas dan padat jawapan aku kepada soalan Lina tadi.
Lina pandang aku dengan pandang tidak puas hati dengan jawapan aku tadi. Dah memang aku tak tahu apa punca dan sebab aku dibuang kerja. Lagi, dia tanya ‘Tak rasa pelik ke?’, ‘Tak rasa pelik ke?’ dekat aku. Dah dibuang kerja secara tiba-tiba, memanglah rasa pelik. Manada orang kena buang kerja rasa syukur dan bahagia. Pelik plus pelik. Tahu?
Aku tahu dia risau dengan keadaan aku sekarang yang tidak bekerja lagi. Yalah, macam mana aku nak sara kehidupan aku sehari-harian tanpa sumber pendapatan. Aku sendiri pun risau dengan keadaan aku ni. Untung aku ada duit simpanan kalau tidak, mahu aku mati kuda dibuatnya tapi dah benda nak terjadi. Mana boleh kita elak. Ada ke masalah datang, kita cakap ‘Eh!! Nanti dulu, nanti dulu... jangan datang dulu.’ Gitu? Kalau boleh, akulah orang pertama yang minta nombor untuk beratur dekat kaunter.
“Jangan risaulah, Lina. Tahulah aku nak mencari kerja. Bukan dekat Parkson aje yang ada pekerjaan. Tempat lain pun ada. Ada aje rezeki aku.”
Lina mengangguk sambil tersenyum. Aku tersenyum melihat senyuman yang terukir dibibir Lina. Lega sikit hati aku apabila melihat Lina boleh menerima kenyataan yang aku dah tak kerja di Parkson lagi. Tapi, tak kepelik ke keadaan kita orang ni? Sepatutnya Lina yang menenangkan aku sebab yang kena buang kerja itu aku, asal pula aku yang tenangkan dia. Hampeh!!
“Apalah kau ni. Sepatutnya kau yang pujuk aku tapi aku pula yang kena pujuk kau. Terbalik tahu?” sindiri aku.
Lina ketawa kecil. “A ahlah... sepatutnya aku pujuk kau tapi terbalik pula. Nak buat macam mana aku risaukan kau.” Lina menggenggam tangan aku. “Aku risaukan kau. Macam mana kau nak teruskan kehidupan kau? Sekarang ni, kau tak ada sumber pendapatan.” Sambung Lina.
“Macam aku cakapkan tadi. Dekat mana-mana mesti ada rezeki. So think positive not negative.” Kataku.
“Think positive kepala hohak kau, Yan. Kau berada dalam keadaan macam ni pun boleh selamba lagi. Kalau aku mahu mati kering sebab air dalam badan aku dah kering disebabkan aku banyak mengeluarkan air dari mata.”
Aku tersengih. “Itu kau, bukannya aku.” perli aku. Lina menumbuk lengan aku. “Weh!! Sakitlah. Nak dera ke?” soalku sambil menggosok lenganku. Sama aje dengan Amar. Memang sesuailah jadi suami isteri. Lina ketawa.
Aku tersenyum. Itulah Lina sahabat yang terlebih emosi bila aku mengalami sesuatu masalah. Pasti tanpa diajak atau dipelawa dia dengan tidak ada rasa segan silunya terlebih emosi. Aku yang masih bersikap selamba tapi dia dah terlebih, melebih dan kelebihan emosi. Pening kepala juga aku melayan kerenahnya itu.
Dialah Ratu segala Ratu terlebih emosi bila masuk bab aku kena timpa musibah. Lina, Lina. Kawan yang payah dicari pada zaman sekarang ini, aku bersyukur sangat dianugerahkan kawan yang sebegitu rupa kepada aku. Biarlah persahabatan kami kekal sehingga tujuh keturunan kami.
................................
LEPAS aku tenangkan Lina satu jam yang lepas. Itu pun, sebab dia nak pergi mandi dengan sembahyang. Kalau tidak, tak tahulah aku nak guna kaedah macam mana nak pujuk MS(Minah Search) tu. Sekarang ni, aku terpaksa tenangkan seorang lagi kawan aku yang lebih kurang macam Lina. Boleh dikatakan, sama group dengan Lina. Kalau Lina Ratu, dia Raja segala Raja terlebih emosi. Siapa lagi kalau bukan Amar, bakal suami Lina merangkap kawan baik aku.
“Kau tak tahu sebabnya ke, Yan?” soal Amar.
Aku mengeluh. Soalan sebijik, sejibik macam Lina. Dan jawapan yang sama aku berikan untuk sekian kalinya. “Aku tak tahu.” aku main hujung rambut aku.
“Betul tak tahu?” soal Amar lagi.
“Aku betul-betul, pasti, amat dan yakin yang aku tak tahu apa sebabnya aku kena buang kerja.” Sambung aku.
Payah betul dapat kawan yang suka bagi soalan yang sama walaupun dah bagi jawapan yang simple dan senang. Nak jawab soalan SPM pun taklah payah sangat dari nak menjawab soalan dia ni. Terima ajelah, Aryan Hanny. Dah nasib kau dapat kawan macam ni. Apa-apalah, yang penting I follow..
“Habis kau tak tanya, Encik Haikal?” Soal Amar.
Aku garu dahiku. Tadi tanya sebabnya, sekarang Encik Haikal pula. Dah aku kata tak tahu maknanya aku dah tanya Encik Haikal lah tu. Ada aku WWF karang mamat ni. Aku alihkan telefon ketelinga kanan aku. “Dah tanya. Encik Haikal sendiri tak tahu apa sebab aku kena buang. Dia hanya menurut perintah dari Yang Terlebih Mulia Encik Ahmad aje.” kataku sambil bersila diatas sofa kuning.
Kedengaran Amar mengeluh. “Aku sendiri pun terperanjat juga bila Encik Haikal bagitahu aku yang kau kena buang tanpa alasan munasabah.”
Tengok!! Dah Encik Haikal sendiri bagitahu dia, masih nak menyusahkan aku menjawab semua soalan dia yang dia sendiri tahu jawapannya. Memang nak menyusahkan akulah. Aku tahulah tahap kerisauan dia dekat aku tahap dewa tapi janganlah menyusahkan aku mengulang semua jawapan yang dia tahu tu.
Macam tadi yang aku kata. Memang payah dapat kawan terlebih emosi dari diri kita sendiri. Aku tersenyum. “Tak payahlah kau risau. Tahulah aku nak cari kerja. Think positive not negative .”
“Think positive kebendanya. Kalau aku, mahu aku bakar bangunan Parkson tu.” Bersungguh-sungguh Amar berkata.
Aku ketawa kecil. Ada hati nak bakar bangunan Parkson tu. Kalau dia betul-betul ada niat nak bakar bangunan Parkson tu, dia nak kerja mana? Nak kerja kebajikan dalam penjara ke? Ada-ada ajelah kawan aku yang satu ni.
“Aku serius ni, Yan.”
Aku menggeling. Benda yang sama aku kena jawab dekat mamat ni. “Itu kau, bukannya aku.” perli aku.
“Yan!!” jerit Amar. Aku tersengih. Aku tahu Amar geram dengan aku sebab kenakan dia. Untung dia tak ada depan aku kalau tidak, naya aku dikerjakan. “Aku risaukan kau. Boleh pula kau cakap macam tu dekat aku.”
“Macam aku katakan tadi. Tidak perlu dan tidak payah risaukan aku. Pepandailah aku mencari kerja baru nanti. Jangan risau, okey...” pujuk aku.
“Hemm.. okey tapi kalau kau susah jangan segan silu bersila dengan aku. Terus aje call aku, dengan sepantas kilat aku datang.” Aku tersengih.
“Habislah...”
“Apa yang habis?” soal Amar.
“Kaulah..” aku tahan gelak dari pecah.
“Aku?”
“Yalah.. sepantas kilat, mahu kau kena sambar kilat tak kepasal aku kena cari bakal suami baru untuk Lina selepas kau kena sambar kilat tu.” Aku gelak sakan lepas bercakap.
“Yan!!” jerit Amar. Terpaksa aku menjarakkan telefon aku dari telinga sedepa.
Aduiihh... payah kalau bakal isteri Minah Search, bakal suami pun Mamat Search. Dua-dua nak test ketinggian suara dekat aku yang sememangnya tidak pekak. Lama-lama, pekak mudalah aku ni.
“Janganlah jerit. Cair tahi telinga aku, tahu? Aku tengah kumpul untuk dibuat gam, tahu?” aku buat-buat marah.
“Ish!! Tak senonok. Jijik, tahu? Aku tahulah sekarang ni kau dah jadi pekebun anggur. Jadi janganlah buat perkara terlebih siuman ni.” perli Amar
“Okey apa.. ada juga kerja nak dibuatnya.”
“Apa-apalah, Yan. Kau nak cari kerja bila?”
A ah.. bila aku nak cari kerja, ya? Tapi aku sekarang ni berada didalam mood malas untuk bekerja apatah lagi mencari kerja. Rasa nak merehatkan badan aku yang sekarang ni, dah pandai minta rehat. “Aku belum fikir lagi. Aku ingat nak berehat untuk seketikalah.”
“Pergilah bercuti ke apa.” Cadang Amar.
“Bagus juga idea kau tu tapi nak kemana? Tak best kalau pergi sorang-sorang.” Tak ingin aku nak pergi holiday sorang-sorang. Nanti, orang ingat aku peras kelapa batu dekat hati aku ni sebab kecewa ditinggalkan buah pinggang, hati dan jantung aku. Ish!! Tak nak aku.
“Pergilah balik kampung. Jumpa Opah kau. Kau kata dah lama tak balik kampungkan?” soal Amar.
Aku diam. Opah!! Tiba-tiba perasaan aneh menyerbu kepintu hatiku. Perasaan rindu yang membuak-buak tanpa dipinta. Aku memang amat merindui Opah. Sejak-sejak, akhir ini aku agak sibuk dengan kerja. Aku hanya berkesempatan menelefon Opah aje. Terasa air hangat mengalir dipipiku. Opah, Hanny rindukan Opah.
“Yan.. kau hidup lagi ke tak ni?” soal Amar.
Aku mengesat air mata. “Weh!! Kau doakan aku mati cepat ke? Aku sihat lagi, ya.”
“Kau menangis, ya?”
“Manada aku menangis. Pepandai aje kau serkap aku dengan jaring ikan kau tu. Aku Cuma rindu dekat Opah aje.” Kataku sambil menggosok hujung hidung aku.
“Apa lagi? Baliklah.” Kata Amar.
Aku mengangguk seperti Amar boleh melihat aku mengangguk. Dah rindu tahap dewa ni dekat Opah. “Okey... aku ingat besok pagi aku nak baliklah.”
“Balik naik apa?”
“Baslah apa lagi. Opah aku mesti tak bagi aku balik naik motor aku yang dah macam transformer tu.”
“Nak aku dengan Lina hantar ke esok?”
Aku tersenyum. Memang jenis kawan yang boleh diharapkan bila kita berada didalam keadaan yang susah. Aku tahu dia orang esok kerja. Jadi, aku sebagai kawan yang teramat baik ni. Tidak ingin menyusahkan dia orang. Lagi pun, jalan ke perhentian bas dengan jalan ke Parkson bertentangan. So, tak payahlah. Aku masih mampu menjaga diri. “Tak perlulah. Korangkan kerja esok. Pepandai akulah pergi sendiri.”
“Betul ni?”
Rasa nak menangis aje aku sekarang ni, sebab ada kawan macam Amar ni. Rasa bersyukur sesangat aku dianugerahkan kedua-dua teman yang begitu baik macam Lina dengan Amar ni. Betul-betul terasa terharu sesangat. Terharu tahap orang hampir-hampir meroyan.
“Betul. Aku tak nak susahkan kau. Lagi pun, dekat aje aku nak pergi perhentian tu.”
“Okey... sekarang musim buah apa dekat kampung kau, ek?”
Boleh tak aku tarik balik ayat ‘Bersyukur’ tu? Tak terlambat lagikan? Tak ada istilah beruk punya sikukan? Alergi aku dengar ayat ‘Musim buah apa dekat kampung kau?’. Rasa nak tebang semua pokok buah dekat rumah Opah tu tapi kalau aku sudah bersedia kena hambat dengan Opah guna penyapulah.
“Musim ketujuh ni? Musim buah apa kebendanya. Dah jangan nak menyusahkan aku naik turun bas bawa pesanan kau tu. Kalau pesanan kau tu ringan tak apalah juga, ini berat melebihi berat badan aku. Aku tak nak.” Kataku sambil berdiri sambil mencengkak pinggang.
Gaya macam marah Amar walaupun hakikatnya Amar bukan berada didepan aku. kalau dia ada depan aku, mahu lenyek macam pisang dilenyekkan guna anak lesung. Memang kerjanya nak menyusahkan aku. Time musim durian hari tu, longgar semua skru tangan dengan kaki aku mengangkat seguni durian untuk dia. Dahlah aku naik bas, habis satu bas bau pewangi baru yang tak ada lagi dekat pasaran, buat aku malu aje. Bau dia satu hal, beratnya lagi. MasyaAllah... hanya tuhan saja yang tahu, penat aku mengangkatnya.
Amar ketawa. “Alah.. aku gurau ajelah. Bila masa kawan aku ni terlebih emo ni?”
Untung dia kata gurau kalau tidak memang makan selipar Jepun aku buatan Malaysia ni. kita kena berjimat, nak bantu negara membangun. Kenalah sokong buatan negara sendiri. Tak payahlah aku susah-susah nak membeli selipar Jepun dekat Jepun. Mengabiskan duit aku satu hal, memenatkan badan aku juga satu hal. Adusshh... dushh.. apa yang aku merepek kerepek ni?
“Sejak dulu lagi.”
Kedengaran Amar ketawa terbahak-bahak entah macam apa. Aku rasa macam Giant tengah menyanyi sambil digeletek dengan bulu ayam seekor. Aku hanya mampu menggeling. Nak hentikan si Amar ketawa tahap meroyan payah sebab jauh. Lagi satu, bahaya pergi rumah orang teruna memalam buta macam ni. Ada jadi lain, karang. Aku pula yang kena kahwin dengan mamat ni. Nak letak mana Lina dengan Encik Tengku Sarhan? Uit!! Asal nama dia terbabit juga ni? Sah!! Otak aku pun mereng macam dia.
Lucky 15 Casino Bonus Code - JtmHub
BalasPadamLucky 15 청주 출장안마 Casino Bonus 울산광역 출장안마 Code 강원도 출장마사지 is MAXBONUS for $50 NO DEPOSIT NEEDED & INCL. Claim the code and enter the bonus code STARRF to claim 양주 출장마사지 your bonus. 서울특별 출장마사지