Bab 2
KENAPA Pewaris Khawarizmi Corporations cari aku? Dan kenapa dia ajak aku kahwin? Dah terdesak sangat ke nak kahwin sampai dia cari aku? Tapi kenapa dia cari aku? Kenapa tak cari perempuan-perempuan kat luar yang terlalu obses dengan dia? Kenapa aku juga dia yang cari? Tak hairan ke? Aku tak kenal dia walaupun dia sentiasa masuk tv, surat khabar or majalah macam bak kata MS(Minah Search) tu ‘Kau memang jenis tak suka jaga tepi kain orang. Tapi dalam bab ni, kau memang kena tahu sebab ia melibatkan peredaran masa dan zaman, Cik Buta Moden’.
Tapi kalau semua cerita Pewaris Khawarizmi Corporations hanyalah gosip semata-mata, aku memang tak ambil peduli. Melainkan, cerita pembangunan Malaysia ke azam Malaysia pada tahun 2020 ke. Itu, aku ambil peduli. Setakat gosip-gosip murahan ke mahal ke gempak ke panas ke dingin ke, aku tak ambil peduli. Aku Cuma kenal Khawarizmi Corporations hanya kerana usaha dia membangun ekonomi Malaysia. Siapa pewarisnya, aku tak ambil peduli. Jasa-jasa Syarikat itu saja yang aku ambil peduli. Jadi salah ke aku tak mengenali Pewaris Khawarizmi Corporations? Tak salah langsung.
Rasa hidup aje aku ni kalau tak ambil tahu pasal Pewaris Khawarizmi Corporations tu tapi sebelum aku kenal dialah. Sekarang ni, aku kenal dia, dia kenal aku dan yang paling penting dia ada melamar aku walaupun tak dalam suasana romantik. Alah, macam dalam cerita-cerita romantik dekat tv tu. Tak ada hotel lima bintang, tak ada suasana yang cahaya lampunya ala-ala malap, tak ada alunan muzik slow, tak ada pelayan berbaju kemas menunggu, tak ada gaya lamaran melutut sambil memegang cincin dan bercakap dalam nada romantik dengan ayat ‘Sudi jadi isteri dan ibu kepada bakal anak-anak saya?’.
Semua itu tak ada, yang ada adalah suasana yang amat memeningkan kepala otak aku yang terlebih simpul urat-uratnya. Hotel bertukar dengan kedai Rengit Coffe, cahaya lampunya ala-ala malap bertukar dengan cahaya lampu terang benderang, alunan muzik slow bertukar dengan alunan orang berborak macam hip hop, pelayan berbaju kemas menunggu bertukar dengan pelayan yang terus blah setelah terima pesanan, gaya lamaran bertukar dengan gaya duduk yang amat menjengkilkan aku dan nada romantik dengan ayat ‘Sudi jadi isteri dan ibu kepada bakal anak-anak saya?’ bertukar dengan ayat ‘Saya ni bukan jenis romantik atau mat jiwang. Biar saya berterus terang, saya nak berkahwin dengan Aryan.’
Tapi bila difikirkan balik peristiwa tadi, rasa macam tengok dekat wayang aje. Rasa macam aku ni pelakon utama dalam cerita bertajuk ‘Khawarizmi Corporations’ aje tapi layak ke aku jadi pelakon utama. Entah-entah, aku Cuma watak sampingan aje dalam cerita ‘Khawarizmi Corporations’, watak yang menceriakan atau mendebarkan perjalanan cerita seterusnya dengan memberi pertanyaan dihati penonton samada pelakon lelaki berkahwin ataupu tidak dengan aku. kalau kita buka undian kepada penonton ‘Siapa setuju pelakon lelaki berkahwin ataupun tidak dengan aku’. Confirm undian yang banyak diraih akan berpihak ‘Tidak’.
“Yan!!” sergah dari belakang.
“Oh, mak kau!” latahku. Kedengaran suara MS(Minah Search) tengah ketawa sakan. Aku mengurut dadaku. Jantung aku laju berdegup dah macam pelari seratus meter aje. Untung kuat jantung aku duk berpegang dekat dahan kalau tidak, aku sendiri pun tak pasti apa yang bakal berlaku dekat aku ni. Aku jeling maut dekat Lina. “Kau suka ya tengok aku terbaring kaku depan kau.” Marahku. Lina tersengih.
“Sorry... dari tadi aku duk panggil-panggil kau tapi kau buat bodoh aje. Itu aku sergah kau macam tadi.” Lina tersengih. “Aku tahu kekuatan jantung kau. Itu sebab, aku berani buat macam tu.” Sambung Lina. Aku menjegil mataku mendengar ayat Lina tu.
“Walaupun jantung aku ni kuat kalau tiap-tiap hari, kau buat lagu ni. Mahu aku jadi penghuni rumah dua tiang tau.” marahku. Lina masih dengan muka tak bersalah dia. “Kenapa kau panggil aku? kalau dek tahu MOG tu, mahu kena fire free aje.” kataku sambil menyambung kerja aku tadi sebelum ‘terberhenti’ mengelamun pasal mamat hensem tu.
Lina tidak terus menjawab soalan aku tapi tangan dia lincah menyusun baju-baju di rak baju. Dahiku berkerut. Kenapa pula dengan MS(Minah Search) ni? Tetiba jadi terlebih ringan tulang, selalu mengalahkan ular tengah meng’ulor’ lepas makan. “Kau kenapa, Lina?” soalku sambil menghentikan kerja aku.
Lina mengeluh. Aku pandang muka Lina yang agak muram itu. Kenapa pula MS(Minah Search) ni? Time lunch tadi bukan punya happy. Ni monyok pula mukanya. Aku pegang kedua-dua bahu Lina mengadap aku. “Kenapa? Baik kau cakap dengan aku. kau kenapa?” soalku tegas. Lina mengigit bibir bawahnya. Ish!! Ada kena hempuk dengan aku MS(Minah Search) ni. “Cakaplah.” Gesaku.
“Amar..” lemah suara Lina.
Dahiku berkerut. “Amar?” soalku. Amar adalah teman lelaki Lina merangkap kawan baik aku. Kami bertiga berkerja di tempat yang sama, Cuma Amar berjawatan sikit dari kami. Dia penyelia kami. Dulu-dulu, pernah MOG cuba rampas Amar dari Lina tapi disebabkan cinta Amar amat utuh untuk Lina. Percubaan rampas kuasa itu tidak menjadi dan MOG berpaling arah kepada bos baru kami iaitu Encik Haikal yang baru berpindah kesini. Takkanlah Amar berpaling arang pula.. ehh!! Silap, berpaling arah. Kalau betul, aku buat gulai lemak kasi santan sepuluh biji.
“Kenapa dengan Amar?” cuak pula aku kalau betul apa yang aku fikirkan tadi.
“Dia.... dia...” berkerut dahiku. Bila masa pula MS(Minah Search) jadi gagap ni? CD sangkut ke?
“Dia apa?” jerkah aku.
“Dia melamar aku!!!” jerit Lina sambil memeluk aku.
“Ah!!” aku terpinga. “Jab, jab... kau cakap apa tadi?” aku tahan Lina dari melompat-lompat macam budak baru dapat gula-gula. Ish!! Buat malu aje orang tengok MS(Minah Search) ni melompat-lompat macam apa.
“Ish!! Bila masa Cik Buta Moden jadi lembam pula?” perli Lina. Aku mengutil lengannya. Lina tarik muncung. “Kau nikan. Memanglah, suka sangat mengutil lengan aku.” kata Lina sambil mengosok lengannya. “Habis satu badan aku lebam kalau ada orang lain tengok kesan lebam dekat badan aku ni, mesti dia orang fikir yang bukan-bukan tau.” Sambung Lina.
Aku menjulingkan mata. “Cucuk mata tu, kang. Jadi Abang Kassim Selamat versi perempuan.” Kata Lina sambil ketawa terbahak-bahak. Aku geling kepala. Ada-ada aje kawan aku sorang ni. Eh!! Bab Amar lamar dia belum habis aku buat soal siasat, ni mesti nak mengelak. “Dah, dah nak tukar channel pula dengan aku. Berbalik dengan lamaran Amar. Amar lamar kau ke kau lamar Amar?” soalku sambil tersengih.
“Aku nikan, gentilwomen. Sudah semestinya aku yang masuk meminang. Amar tukan pemalu macam daun semalu.” Soalanku dijawab dengan jawapan kurang bernas dari MS(Minah Search) ni. Aku pandang dia macam nak telan. “Ish!! Jangan pandang aku macam tu, terancam Nyah.” Kata Lina sambil buat gaya bapok. Rasa-rasa aku telan MS(Minah Search) ni, ada orang nak saman aku ke tak?
“Betul-betullah..”
Lina tersengih. “Okey, okey... kau nak dengar cerita panjang ke cerita pendek?” soal Lina.
“Yang mana-mana, aku tak kisah.”
“Amar lamar aku. The End.” Kata Lina. Berkerut dahiku. Ah!! Gitu aje? Nampak simple sesangat. Mengalahkan cara Pewaris Khawarizmi Corporations ajak aku kahwin. Lina ketawa melihat reaksi wajahku. “Aku ceritakan cerita yang pendeklah. Kau yang kata tak kisah. So aku pilih cerita pendek.” Sambung Lina sambil ketawa. Arghh!! Nak aje aku jadi Gozila versi Zoro ni. Ada aku balut dengan plastik lepas tu pamerkan dekat sebelah patung yang tengah pakai baju tak cukup kain tu.
“Dahlah... malas aku nak layan kau. Baik aku buat kerja kalau dek nampak MOG tu, naya aje telinga aku ni.” aku buat gaya merajuk, sebenarnya aku memang tengah merajuk sebab terkena aje dengan MS(Minah Search) ni.
Lina ketawa sambil menggeling kepala. “Alah, alah... Cik Buta Moden kita merajuklah. Meh sini Minah Search tolong pujukkan.” Kata Lina sambil mengusap pipiku. Aku tepis tangan Lina. “Hehehehe... okey, okey. Aku ceritakan.” Aku buat bodoh. “Kali ni, cerita panjang.” Sambung Lina.
Aku tersenyum. “Ah!! Apa lagi, cepatlah.” Gesaku.
“Ish!! Tak tahu sabar betul minah ni.” rungut Lisa. “Time tu, aku tengah buat kerja akulah. Takkan nak buat kerja si Fya pula, nanti naik lemak pula budak tu...” Tengok dah melaluk entah kemana-mana aje MS(Minah Search) ni. “Aku tak nak dengar pasal Fya ke MOG ke MOU ke, yang aku nak dengar pasal Amar lamar kau.” Aku potong ayat Lina.
“Ish!! Ada kena-mengenalah. Ni siapa yang nak bercerita ni? kau ke aku?” soal Lina kegeraman sebab aku memintas percakapannya. Aku tersengih.
“Sorry.. aku janji tak menyampuk. Ceritalah..” pujukku.
“Tau takut... tengah aku punya khusyuk buat kerja, tetiba Amar datang ketempat aku dengan wajah bengis dia tu. Dalam hati aku, kenapa pula mamat ni? Tetiba bengis semacam, kena sampuk angin Tsunami ke apa? Lepas tu, dia suruh aku masuk kebilik dia disebabkan aku ni pekerja paling berdedikasi aku ikut dia. Mula-mula tu, cuak juga aku tengok muka dia macam tu.” Khusyuk aku mendengar Lina bercerita sambil membuat gambaran ketika kejadian itu berlaku.
“Dia cakap aku dah tak sayang dia lagi. Apa lagi, aku cakaplah aku sayang dia. lepas tu, dia cakap buktikan. Aku tanya dia macam mana aku nak buktikan. Dia tersenyum dan datang dekat aku. Aku mulalah gabra sebab dia datang dekat aku kalau aku nak lari pun tak boleh sebab aku tersepit dengan pintu dan dia. Lepas tu, dia cakap senang aje nak buktikan. Dia senyum panjang. Otak aku dah fikir yang bukan-bukan sebab cara dia cakap buat aku fikir yang bukan-bukan. Apa lagi, aku mengamuklah. Aku cakap aku bukan perempuan murahan. Aku Cuma buktikan sayang aku hanya kepada lelaki yang ada ikatan sah dengan aku.”
Ish!! Tak mungkinlah Amar nak buat benda tak senonoh macam tu. Aku kenal sangat Amar tu, baik budaknya tapi manusia ni bukan boleh kita jangkakan. “Dia buat muka bengis dia bila aku cakap macam tu. Dia kata dekat aku siapa yang nak jadi suami aku. Aku diam sebab aku tak tahu nak jawab apa dekat dia. Tetiba, dia genggam jemari aku. Aku cuba rentap tapi tak boleh sebab dia pegang kuat sangat. Dia bawa tangan aku kebibir dia sambil merenung kearah anak mataku. Sudi jadi isteri saya, nanti bolehlah awak buktikan yang awak sayang saya.” Lina buat muka malu ala-ala kucing.
“Mulut aku dah terlopong dengar dia cakap macam tu. Dia ketawa sebab tengok muka aku entah macam apa. Apa lagi, aku tariklah tangan aku. Dalam otak Cuma fikir nak keluar dari bilik dia aje. Dia pegang lengan aku. Dia tanya aku sudi ke tak terima lamaran dia. Aku cakap fikirlah sendiri.”
“Kau cakap macam tu dekat Amar?” soalku. Lina menjeling sebab aku menyampuk. Aku tersengih. Ish!! MS(Minah Search) ni, aku tanya pun nak marah. Tak nak dengar kang, padan muka.
“Lepas aku cakap macam tu, dia kata aku terima lamaran dia. Aku senyum aje dengan jawapan dia tu. Apa lagi dia melompatlah macam nak apa, sampai dia terlanggar Encik Haikal.” Bulat mata aku mendengar. Biar betul Amar terlanggar Encik Haikal. “Apa lagi, Encik Haikal pun tanyalah kenapa main lompat-lompat dekat tempat kerja. Amar tersengih sambil jawab Lina terima lamaran saya. Time tu, naik malu aku sebab Encik Haikal pandang aku dengan senyuman maut dia tu. Lepas tu, Encik Haikal ucap tahniah dekat kita orang dan the end.” Lina tarik nafas.
“Oh!!” itu aje yang terkeluar dari mulut aku. Jadi, aku orang yang ke dualah yang tahu pasal Amar lamar Lina. Sedihnya, aku ingat akulah orang pertama yang tahu. Berkerut dahi Lina tengok wajah keruh aku. “Lah, kenapa pula? Tadi kau yang beria nak dengar aku bercerita lepas aku ceritakan buat muka tu. Kenapa, ni?” soal Lina.
“Aku tak puas hati.”
Dahi Lina berkerut. “Apa yang kau tak puas hati?”
“Aku jadi orang ke dua tahu pasal Amar lamar kau. Aku tak puas hati!”
Lina ketawa kecil sambil menggeling. “Apa-apa ajelah kau ni. Dah kenyataan kau orang ke dua yang tahu pasal berita ni, aku tak boleh nak buat apa-apa.”
“Tak peduli... aku tak puas hati juga.”
“Okey, okey... nanti time majlis aku, kau jadi pengapit aku ya.” pujuk Lina.
“Aku nak duduk sebelah kau time Amar batalkan air sembahyang kau.” Lina angguk sambil peluk aku. Aku balas pelukkan Lina. “Tahniah, Lina. Aku tumpang gembira untuk kau.” Rasa macam aku nak menangis aje. Tak sangka, tak lama lagi kawan baik aku nak jadi isteri orang dan kalau bertuah, bakal jadi ibu dalam masa terdekat.
“Terima kasih, Yan. Kau lah kawan aku dunia dan akhirat.” Kata Lina sambil mengerat pelukkannya. Aku angguk dengan menahan sebak didada. Tiba-tiba jadi emo pula aku ni. Mungkin, aku ni memang jenis emo tapi aku sendiri tak perasan.
“Aku nak tengok cincin kau.” Kataku sambil meleraikan pelukkan Lina.
Lina ketawa. “Amar belum bagi aku cincin. Dia melamar aje.” dahiku berkerut. Lah!! Aku ingatkan Pewaris Khawarizmi Corporations aje species melamar tak guna cincin. Rupa-rupanya ada juga makhluk yang join group dia. “Memang macam tu ke gaya orang lelaki sekarang melamar?” soalku. Lina angkat kedua-dua bahu dia. “Species Encik Tengku Sarhan.” Kutukku. Uit!! Sedaplah nama dia tu, Encik Tengku Sarhan. Encik... Tengku... Sarhan singkatan nama dia ialah ETS.
“Apa?” soal Lina.
“Ah!! Apa yang apa?” soalan Lina, aku balas dengan soalan. Tadi aku ada cakap sesuatu ke?
“Entah? Itu yang aku tanya kau. Kau cakap apa tadi?” soal Lina.
Aku tersengih mendengar soalan Lina. He he he... tak mau aku ceritakan pasal Encik Tengku Sarhan tu. Mesti dia tak percayalah apa yang aku cakapkan. Lebih baik simpan didada, taklah orang tahu. “Aku mana ada cakap apa-apa. Dahlah aku nak sambung kerja aku.” kataku. Sambung kerja yang mana satu? Kerja duk berangan pasal mamat hensem tu ke kerja yang berlambak dekat depan kau? Yang mana-mana pun aku tak kisah.
“Cehh!! Menghalau nampak?” sindir Lina.
“Aku bukan menghalau Cuma usir kau aje. Dek nampak MOG tu, naya aje telinga and hati kau dengan aku sekali dengar dia berceramah tambah dengan lagu-lagu merdu dia.” kataku sambil membetulkan lipatan baju.
Lina merungus kasar. “Yalah.. aku balik dekat tempat aku. Aku balik ni.” aku buat-buat tak dengar. “Balik niii..” Lina menekan suaranya. Apa kes dengan MS(Minah Search) ni? Dah meyong ke? “Aku balik nii..” kata Lina lagi.
“Yalahh..” kataku tanpa melihat Lina.
“Aku balik betul-betul niii..” aku pandang Lina.
“Kau kenapa? Nak balik, baliklah sana. Ada aku halang, makin aku suka adalah.” Lina mencebik.
“Tak sayang kau.”
“Tak sayang sudah.” Aku jelir lidah. Lina turut menjelir lidah sebelum beredar.
Aku menggeling. Ada-ada aje MS(Minah Search) nie, aku tampar laju-laju karang terabur merata-rata gigi dia yang putih tu. Jadi minah ronggak. Macam mana suara MS(Minah Search) time dia tak ada gigi? Hehehehe.. tak boleh nak bayangkanlah.
“Aryan.” Aku menoleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan