Selasa, 31 Mei 2011
PERHATIAN SEMUA!! SAYA DAH PINDAH!!
Saya telah berpindah ke blog baru http://isihati-cikmi.blogspot.com dan disana ada cete baru menanti anda semua. ETS skrg nie telah diolah balik tapi belum saya post dkt blog baru 2.. sila2 hadirkan diri anda di blog baru saya...
Label:
Luahan Hatiku
Selasa, 22 Mac 2011
Encik Tengku Sarhan!! Bab 6
Bab 6
“HEMM... baru sekarang saya percaya ada jodoh jatuh dari langit.” Aku pandang dia tidak berkelip. Lagi-lagi dengan senyuman menawannya tu, macam rindu pula walau baru beberapa hari yang lepas aku menerima senyuman menawannya itu. Hati pula berdebar-debar dengan renungan redupnya tu. Confirm kejab lagi aku masuk hospital bahagia sebab terlampau bahagia ni.
“Okey, tak?” dia mengeratkan lagi pelukkannya supaya aku tak tergolek dari dukungannya itu. Mungkin, dia takut aku sempurnakan aksi penari hindustan jatuh tergolek macam nangka busuk. Tapi kira berbakat apa aku buat aksi penari hindustan jatuh tergolek macam nangkah busuk. Penari hindustan yang sebenarnya pun tak pandai nak buat aksi aku tu.
“Okey, tak?” dia soal lagi sekali bila aku tak jawab soalan dia yang mula-mula tu. Dia letak aku dipangkin dengan perlahan-lahan agar aku tidak bertambah terkejut selepas membuat aksi penari hindustan jatuh tergolek versi terbang secara menjunam. Jebon dah lepas dari pelukkan aku dan duduk disebelah aku sambil pandang wajah dia tanpa berkelip.
“Okey, tak ni?” tak jemu dia bertanya dekat aku yang memang takkan jawab soalannya itu sebab aku tengah sibuk berfikir. Serius!! Aku bukan tak nak jawab soalan dia tu tapi aku tengah duk berfikir. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Macam mana dia tahu aku dekat sini? Macam mana dia dapat anak mata yang memukau tu? Macam mana dia boleh memiliki senyuman menawan tahap mengoda tu? Macam mana dia boleh memiliki muka hensem tahap Kwan Sang Woo tu? Tak pasti nak tuju soalan yang mana dekat dia.
“Aryan.” dia menyentuh lengan aku dengan lembut sekali. Terasa ada sedikit arus elektrik mengalir dilengan aku bila dia sentuh lengan aku macam tu. Kenapa perasaan pelik menerpa dihati aku bila dia sentuh aku? Kenapa tak sama masa Buntal tersentuh tangan aku? Huh!! Soalan yang aku sendiri tidak tahu nak campak jawapan apa. Aku paksa bibir aku mengukir senyuman untuk dia sebab aku dah tak boleh nak fikirkan apa lagi. Dia menghembus nafas lega sambil duduk disebelah aku.
“Saya ingatkan Aryan masih terkejut lagi.” dia buka butang lengan kemejanya dan melipat lengan kemejanya sampai kesiku. Terserlah kehenseman dia masa ni. Aku tengok dah macam iklan dekat tv aje. Jebon dekat sebelah aku mula mengesil-gesil dekat badan aku tanda dia minta maaf sebab pasal gara-gara dia, aku hampir-hampir tergolek macam penari hindustan. Tapi bukan memang aku dah jatuh ke? Jadi, datang dari mana ayat ‘hampir-hampir’ tu?
“Kenapa saya call Aryan tak angkat?” setelah hampir tiga minit mendiamkan diri, baru dia tanya soalan yang membuat dahi aku berkerut secara automatik. Dia call aku ke? Tak dengar pula telefon bimbit aku mengeluarkan suara kucing ala-ala terlebih sengau tu. Eh lupa! Aku dengan berbesar hati telah menidurkan telefon bimbit aku dan disemandikan didalam beg baju aku dekat tepi katil didalam bilik aku.
Dia pandang aku bila aku tidak menjawab soalan dia itu. Aku garu kepala yang tidak gatal. Macam mana aku nak terangkan dekat dia, ya? Perkara itu telah menjadi barah didalam hati aku sebab bila aku menjejak kaki dihalaman depan rumah Opah dengan secara automatik aku akan menidurkan telefon bimbit aku itu. Lina dengan Amar tahu dengan penyakit aku yang tidak boleh disembuhkan walaupun dah beberapa kali aku buat kemoterapi dekat mana-mana cawangan hospital yang tidak bernama itu.
“Saya offkan telefon saya.”
“Risau saya, dari semalam saya call Aryan tak angkat-angkat. Ingat ada sesuatu yang menimpa Aryan.” dia mendongakkan kepalanya dan memejamkan matanya. Gaya dia tu macam nak menikmati alam semula jadi dekat kampung ni tapi kenapa buat dekat sini? Tempat lain tak ada ke dia nak buat macam tu? Dan kenapa pula dia call aku tiba-tiba? Kenapa dia perlu risau jika sesuatu menimpa aku? Aku ni penting ke kepada dia? Aku siapa kepada dia? Rasa nak aje aku tendang-tendang kepala aku yang terlebih biul ni. Dah tempoh hari dia ajak aku kahwin, maknanya aku memang someone dekat hati dialah.
“Kenapa call?” aku betul-betul nak tahu apa sebab dia call aku dan maksud kedatangannya kesini. Ada hal mustahak ke dia cari aku sampai dekat rumah Opah ni? Mesti melibatkan masalah negara ni.
“Rindu.” Terbeliak mata aku mendengar jawapan yang aku tak sangka. Aku tak nak jawapan nilah sebenarnya tapi bolehlah aku terima juga jawapannya tu. Ada juga yang nak rindukan aku. Alamak! Jantung aku dah berdegup dengan nada lagu cinta ni.
“Rindu? Rindu dekat saya ke?” gurau aku untuk menutup kegugupan aku sebab dengar orang sekacaknya kata rindu dekat aku.
“Dengan Jebon.” Jawabnya sambil mengambil Jebon yang dari tadi duk mengesil-gesil dekat badan aku. Aku buat muka terkejut macam dapat hadiah misteri dari Parkson bila dengar jawapan dia tu. Hah! Jebon? Macam tak ada orang aje yang dia nak rindukan? “Mestilah dekat Aryan. Takkanlah dengan Jebon.” Sambungnya sambil menggosok belakang badan Jebon.
Memang sengaja ke nak test kekuatan jantung aku? Terkejut satu hal. Malu dua hal. Aku ni memang suka memalukan diri sendiri ke? Tadi terjun macam penerjun paling prof dekat Kampung Dusun ni. Lepas tu, buat lawak yang tak berapa nak lawak. Aduiii.... rasa nak sembunyikan muka aku dekat bawah pangkin ni aje. Tapi macam mana dia tahu nama kucing Opah, Jebon? Tak kepelik namanya. Jangan-jangan... “Macam mana tahu nama dia Jebon?” gaya aku menyoal sebijik macam gaya polis soal siasat.
Tengku Sarhan pandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tidak faham. Takutlah tu? Sebab tembelang dia dah pecah dengan aku. “Bukan ke tadi Aryan duk menjerit-jerit panggil Jebon tadi?” soalan dia buat aku nak buat aksi selam-menyelam dekat parit depan rumah Opah.
“Ya ke?” Aku tersengih untuk menutup malu aku. Aku memang kena sekolahkan mulut aku ni. Suka sangat menjawab sebelum berfikir. Buat aku malu petala 17 aje.
“Aryan fikirkan apa?” soal dia dengan penuh curiga. Alamak! Dia dah mengidu apa yang duk bermain difikiran aku. Aku bangun dan mendapatkan selipar Jepun aku di tepi pokok rambutan. “Aryan.” Panggilannya tu, aku buat-buat tak dengar walaupun hakikatnya suara dia dah naik dua volume. Kalau dia nak naik enam tujuh volume pun belum tentu dapat pekakkan aku.
“Jebon meh sini. Aku nak bagi kau makan.” Aku mengambil Jebon dari riba dia tapi dia tahan. Aku pandang dia sambil dahi aku berkerut. Dia nak bagi Jebon makan ke? Bagus juga, taklah Jebon melalak dekat aku aje. Muka tak bersalah aku bertukar dengan muka berwarna-warni macam pelangi bila dia pandang aku dengan renungan mengoda.
“Aryan...” panggilnya dengan suara penuh romantik. Alamak! Aku dah nak terbuai dengan suara romantik dia ni.
“Aryan tak suka kedatangan saya ni ke?” nada suaranya macam nak merajuk dipendengaran aku. Alahaii... dia pandai merajuk juga ke?
“Eh! Mana ada. Tak adalah.” Aku cuba memujuknya walaupun hakikatnya aku memang fail dalam bab pujuk memujuk ni.
“So?” renungan matanya yang redup tu, buat aku nak melonjak keriangan macam budak hiper.
“So, so?” terkeluar soalan bodoh dari mulut aku bila aku dah mula bersikap terlebih normal. Dia menaikkan kening kanannya menambahkan lagi ke kacakkan dimukanya yang sememangnya kacak tahap Kwan Sang Woo tu. Aku rasa kejab lagi aku peluk dia sebab nak pengsan.
“Aryan.” dia mengemaskan lagi pegangannya di pergelangan tangan aku. Aku dah rasa something bila dia tenung anak mata aku dan sentuh tangan aku. Kawal Aryan Hanny.
“Jebon.” Pinta aku lebih kepada merayu sebab aku tak mampu nak tenung muka hensemnya tu. Ada aku buat sesuatu diluar kewarasan aku ni. Masa tu, jangan nak salahkan aku pula. Siapa suruh dia muka hensem macam Kwan Sang Woo? Ambillah muka macam Jehan Miskin ke Remy Ishak ke Fahrin Ahmad ke Aaron Aziz ke. Confirm masa tu, aku tak tergoda sangat. Tapi aku tengok renungannya makin mengoda pula.
“Please... Encik Tengku Sarhan.” Dahinya berkerut. Aku ada cakap sesuatu ke sampai dahi dia berkerut? Tak hensemlah muka dia bila berkerut tapi menampak kecomelan dia macam baby. Buat aku geram aje dekat muka comel dia tu. Heheheh...
“Encik Tengku Sarhan?” dia naikkan kening kanannya sekali lagi dekat aku.
Dahi aku pula yang berkerut mendengar soalannya itu. Macam mana dia boleh tahu nick name yang aku bagi dekat dia ni? Setahu aku Cuma aku aje yang tahu. “Erk!! Encik Tengku Sarhan mana pula?” aku buat-buat tak tahu walaupun hakikatnya aku amat-amat mengetahui kewujudan nama tu.
“Aryan.” Panggilnya dengan nada amaran ala-ala manja.
“Ya, saya.” Sahut aku. Dah dia panggil aku takkanlah aku nak buat bodoh pula. Tak baik menyombong ni. Tak bagus untuk kesihatan. Dia kecilkan anak mata dia sambil pandang aku dengan renungan geram. Marah ke? Aku tayang gigi putih aku dekat dia.
“What do you mean, Encik Tengku Sarhan?” masih tidak berputus asa dia ni. Aku ingat dah nak kibarkan bendera kelabu tadi. Berterus terang ajelah. Bukan luak pun aku kalau bagitahu dia. Aku takut dia buat aksi budak enam tahun menangis. Nanti menyusahkan aku pula nak memujuknya.
“Saya tahu siapa Encik Tengku Sarhan sebenarnya. Untung, ada kawan saya bagitahu siapa Encik Tengku Sarhan yang sebenar kalau tidak sampai kesudah saya tak tahu.” Aku rasa ayat aku ni macam perli dialah tapi bukan niat aku nak perli dia. Aku ni bukan jenis pandai bina ayat yang jenis bunga-bunga ni.
Muka dia yang tadi macam ala-ala geram dah bertukar keruh. Apa pula kali ni? Suka sangat buat dramalah dia ni dekat aku. Aku bukan juri program mencari pelakon berbakatlah. Carilah Ahmad Idham ke Rosyam Noor ke. Aku tak ada filem nak offer dekat dia ni.
“Sorry... saya bukan nak sembunyikan status sebenar saya. Saya tak nak Aryan terkejut aje. So sorry.”
Alahai... buat muka kesian pula dia dekat aku. Lepas tu, buat suara rasa serba salah pula tu. Aduii... aku nak buat apa ni? Takkanlah aku nak pujuk dia? Aku tak reti nak pujuk memujuk ni sebab dekat sekolah tak ada ajar aku pasal bab pujuk memujuk ni. Aku garu kepala yang tidak gatal.
“Saya faham dengan situasi Encik Tengku Sarhan masa tu. Jadi, saya tak ambil hati pun. Betul saya tak ambil hati. Cuma satu pinta saya, boleh lepaskan tangan saya tak? Tak selesalah.” tangan aku dah berpeluh macam nak apa ni sebab dia pegang macam tak nak bagi aku melarikan diri. Ada ke aku nak melarikan diri? Rumah Opah aku ni, setakat mana aje aku nak melarikan diri.
“Aryan.” dia angkat muka dan bagi aku senyuman paling menawannya tu. Aduii... kejab lagi aku kena cari baldi sebab hati aku dah nak cair secairnya.
“Apa?” aku angkat kening sambil tersenyum manis. Saja nak cuba gaya dia yang suka angkat kening tu.
“Sorry again.” dia tayang gigi putihnya dekat aku. Pergh!! Putih giler gigi dia ni. Guna ubat gigi apa ajelah dia ni sampai boleh putih macam tu? Kalah keputihan gigi aku.
“Okey.” Aku bagi dia senyuman paling menawan tapi taklah sampai nampak gigi. Malu aku nak tayang gigi aku yang tak berapa nak putih ni dekat dia.
“Aryan.”
“Hemm..”
“Thanks sebab maafkan saya.” Dia kembali dengan hobinya yang selalu tu. Pandang aku dengan renungan redup tahap mengacam tu. Aiseh! Pengsan kejab lagi aku ni.
“Sama-sama.” Aku buat muka comel dekat dia.
“Aryan.”
“Yap.”
“Miss you.” dia tersengih. Muka aku dah bertukar warna. Aku tak pasti warna apa muka aku bertukar. Aku dah tundukkan muka aku ke bawah. Malu tahap pari-pari ni. Nak jawab apa dengan dia ni? Miss you juga ke?
“Aryan.” Aku angkat muka dan pandang muka hensemnya tu sambil angkat kening suruh dia meneruskan ayat dia tu. “Tak ada apa-apa. Saja panggil.” sambungnya tersenyum nakal sebab dapat kenakan aku.
Aku mengetap bibir menahan geram dengan usikkannya itu. Pandai juga dia bergurau. Aku lipat-lipat jadi pelepat karang, padan muka hensem dia tu. Dia ketawa kecil melihat reaksi muka aku. Lucu sangat ke muka aku sekarang ni?
“Hanny.”
“Apa?!” suara aku dah tinggi sambil pandang dia dengan renungan tajam. Kali ni, apa pula niat dia panggil aku? Jangan cakap wa ai ni pula dekat aku. Ada aku selamkan dia dekat parit ni.
“Bukan saya.” Berkerut dahi aku. Apa yang bukan saya pula ni? “Opah.” Sambungnya sambil tunjuk kearah belakang aku.
“Opah?” Aku menoleh dan aku tengokkan Opah macam terkejut petala 13. Opah pandang dia macam tak percaya kewujudan lelaki muka hensem macam dia tengah duduk dekat pangkinnya sambil pegang tangan cucu kesayangannya. Ya aje, aku teka apa yang ada dekat kepala Opah tu. Entah-entah, sebab tangan aku berada didalam pegangan seorang lelaki.
Aku tersengih sambil tarik tangan aku dari pegangannya. Mati aku kejab lagi kena marah dengan Opah. Dia pula buat muka selamba macam tak buat salah aje lagaknya tu. Ish!! Kejab lagi ada yang peluk batang penyapu ni. Aku jeling maut dekat dia. Dia balas jelingan maut aku dengan mengangkat kening kanannya itu.
“Syah!” dahi aku berkerut dengar ayat yang keluar dari bibir Opah tu.
“Syah mana pula Opah?”
“Sayalah.” Dia tersenyum manis bila aku pandang dia dengan pandangan blur.
“Encik Tengku Sarhan?” dia menjawab soalan bodoh aku dengan anggukkan. Kejab lagi aku betul-betul pengsan sambil peluk dia ni.
Langgan:
Catatan (Atom)