“Tidakkkkk” jeritku sekuat hati.
Aku tidak peduli dengan mereka yang berada disekelilingku yang tengah memerhatikan diriku dengan pandangan pelik bin hairan. Aku mengambil kasutku dan kelihatan tumit kasutku patah. Aku mengerut-mengerutkan dahiku.
Argh... kenapa hari ni dia nak patah, asal tak semalam ke lusa ke? Kenapa hari ni? Why? Why? Mana sempat aku nak cari kasut baru ni. Mahu dia orang merungut dengan kelewatanku ni. Dah berapa kali aku mungkir janji nak datang awal ni. Aduih....
Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal. Hah.. ada selipar Jepun dekat dalam kereta. Selamat aku tak keluarkan lagi. Macam tahu-tahu, aku nak kena musibah macam ni. Aku bergegas ke keretaku.
Ish... memang aku sayang betul selipar Jepun ni. Kaulah nyawaku. Ceshh... lebih-lebih pulak. Baru aku pusingkan badan, terasa tubuhku dilanggar. Aku tersandar di badan keretaku. Aku mengerutkan dahi.
Ini siapa pula yang nak cari pasal dengan aku? Tak ada orang lain ke yang dia nak langgar? Aku juga yang di langgar. Aku menajamkan pandanganku kearah orang yang melanggarku.
Kelihatan seorang pemuda berpakaian kemeja ungu dengan seluar slack hitam berdiri dihadapanku sambil membetulkan cermin matanya. Pemuda itu memandang tajam kearahku.
“Buta Ke?” lantang suara pemuda itu dipendengaranku.
Dahiku berkerut. Aik... aku pula yang kena sembur? Siapa yang langgar siapa ni? Ke memang dah ada papan tanda ‘sila langgar saya’ tergantung dekat aku ni. Ada yang terbaring dekat lantai ni.
“Siapa yang buta sebenarnya?” soalku.
Pemuda itu memandangku dengan pandangan yang aku tak mengerti. Kau pandang aku macam tu, macamlah aku faham. Kau ingat aku ni nujum pak lalang ke? Aku ni kena pakai bola lonjong barulah tahu apa maksud pandangan kau tu. Aku mengecilkan mataku.
Pemuda itu tersenyum sinis. Ceshhh... kau ingat kau seorang aje ke yang reti senyum macam tu. Aku pun retilah senyum macam kupu-kupu.
“Nampak aje ada empat mata tapi still tak nampak orang.” Perliku sambil meninggalkan pemuda itu.
...............
Kelihatan tiga orang gadis memandangku dengan pandangan yang begitu mengerunkan. Terasa tubuhku mengecil seperti anak Shrek bila melihat pandangan mereka bertiga. Aku tahulah aku dah mungkir janji. Ampunkan patik, wahai kekandaku sekalian.
“Aku dah kata minah ni memang tak boleh nak tepati masa.” Kedengaran suara Nita menampar cuping telingaku.
Aku menayang barisan gigi putihku.
“Sory.. tadi tumit kasut aku patah sebab tergesa-gesa nak datang kesini.” Belaku.
Kelihat wajah mereka seperti tidak mempercayai kata-kataku.
“Cuba kau tengok aku pakai apa.” Sambungku sambil menunjukkan selipar jepunku.
Berkerut-kerut dahi mereka. Kedengaran ketawa Syilah menampar cuping telingaku.
“Weh.. mak cik, kau pakai selipar jepun?”
Syilah sambung ketawa. Manakala Nita dengan Ayu hanya mengeling kepala. Aku tersengih.
“Aku pandang atas memang dah sempurna tapi bila aku pandang bawah.
Alamak, gaya apa yang kau cuba ni?” perli Syilah.
Aku menarik muka apabila mendengar perlian Syilah dan ketawa Nita dengan Ayu. Aku tahulah kau tu pereka fesyen, janganlah perli aku macam tu. Dah aku terdesak, takkan kau nak suruh aku berkaki ayam pula. Lagi haru dibuatnya.
“Kau ni nama aje pereka fesyen tapi tak tahu aku guna gaya apa? Ni namanya gaya ala-ala separuh Jepun.” Jawabku.
Berkerut dahi Syilah mendengar ucapanku tadi.
“Itulah kau. Ikutkan sangat gaya olangputih kau tu.” Perliku.
Syilah seperti ingin berkata tapi dipintas Ayu.
“Dahlah... aku dah lapar ni. Tunggu si Cik Aliya ni, buat perut aku bergendang.” Perli Ayu.
Aku tersengih.
“Kau ok lagi, Ayu. Aku ni dah siap buat konsert, dah dua lagu dinyanyikan.” Kata Nita.
“Lah asal tak ajak aku sekali, Nita. Kemutlah kau.” Kataku.
Berkerut dahi Nita. Aku tersenyum sumbing.
“Konsert” sambungku.
Nita mengetap giginya dan mencubit lenganku. Aku mengadu kesakitan dengan cubit berbisanya seperti ular hitam. Kami memilih makanan, Aku dan Ayu memilih menu nasi ayam dengan air fresh oren. Manakala, Nita dan Syilah memilih menu mee hoon tom yam dengan air jus kiwi.
Baru masuk beberapa suap nasi ayam kedalam mulutku. Terasa perutku sejuk dan basah. Secara drastik aku bangun dan mengibas blaus aku. Ya Allah, mahluk mana pula yang tolong mandikan aku dengan milo ais ni. Rasa macam dah tak ada air yang terlebih bersih ke dia nak mandikan aku. Aku mengangkat muka.
Bertambah seribu kerutan didahiku melihat mahluk yang telah mandikan aku dengan milo ais. Ya Allah, kenapalah mamat ni lagi. Tak ada lelaki lain ke dekat sini yang nak cari gaduh dengan aku.
“Bukan salah aku. Kaki kawan kau yang tetiba terkeluar.”
Aku memandang tajam. Ceshhh.... cempedak jadi tembikai. Salah dia, tak nak mengaku. Siap salahkan kawan aku pula. Aku mengetap bibir.
Kelihatan orang yang berada di Food Court memadang kearah kami dengan tanda tanya, apa yang telah berlaku.
“Liya jangan.” Tegur Nita.
Kalau dah muncul muka yang itu. Memang menakutkan kawannya itu. Pasti akan berlaku sesuatu yang tidak akan diduga oleh sesiapa pun. Termasuk dirinya sendiri. Dia memegang tangan gadis yang telah berubah wajah itu.
“Aku tak peduli. Aku dah tak tahan dengan mamat ni. Dari tempat letak kereta lagi, dia memang cari pasal dengan aku.” Kataku sambil meleraikan pegangan Nita dari tanganku.
Berkerut dahi mereka mendengar kata-kataku tadi. Nita menelan air liurnya. Siapalah mamat ni, yang begitu berani mencari masalah dengan kawan dia yang seorang ini.
“Kau letak mata kau dekat mana. Dekat lutut kau ek?” soalku.
Mukaku terasa berubah tiga ratus peratus. Aku teringin bunuh mamat yang dekat hadapan aku ini.
“Well, dah kau tahu aku letak mata aku dekat lutut. Jadi jangan nak salahkan aku.”
Berdesing telingaku mendengar ucapannya tadi. Ada orang pecah rekod dekat Food court makan selipar Jepun ni. Aku memandang tajam kearahnya.
“Oklah.. kau pun bukannya cedera parahkan. Jadi aku nak order balik aku punya air.” Katanya sambil berjalan kearah tempat memesan air.
Ish... menyakitkan jiwa dan raga betullah mamat ni. Aku membaling pemuda itu dengan selipar Jepun aku. Pemuda itu menoleh. Kelihatan Nita, Ayu dengan Syilah tergamam melihat tindakkan drastik aku. Aku berjalan menuju pemuda itu sambil membawa air fresh orenku.
Berkerut pemuda itu melihatku.
“Apa ni?” tengkingnya sambil memandang selipar Jepunku lalu memandang kewajahku.
Aku memakai balik selipar Jepun yang tadi aku baling dekat pemuda itu dan lalu aku menyimbah pemuda itu dengan air aku.
“Ops... bukan salah aku. Tangan aku ni yang bergerak sendiri.” Kataku.
Berkerut dahi pemuda itu. Aku tinggalkan pemuda itu dan mengambil beg tanganku di meja yang aku duduk tadi.
“Sorylah kau orang, aku balik dulu.” Kataku sambil meninggalkan mereka bertiga yang masih terpinga-pinga.
.................
Menyumpah-menyumpah mulutnya dari sejak dia masuk ke ruang tamu rumah keluarganya. Hatinya menjadi geram dengan sikap kurang ajar gadis yang dia temui di BP Mall. Bertambah sakit hatinya, bila dia dibalingi selipar Jepun ditempat awam seperti itu. Waktu itu, bertapa malunya dia diperlakukan sebegitu.
Namun, bila dia fikirkan balik memang dia yang bersalah tetapi hatinya sakit bila dia mengingati kejadian yang dia ditinggal terpinga-pinga di tempat letak kereta dan disebab itu dia tidak meminta maaf kepada gadis itu. Malah, dia memalukan gadis itu dihadapan teman-teman gadis itu.
Dia tersenyum. Masih ada lagi gadis seperti bersikap seperti itu. Comel wajah gadis itu bila lesung pipit dikedua-kedua belah pipi itu timbul. Bertambah comel lagi melihat reaksi wajah terkejut gadis itu bila airnya tertumpah dibajunya.
Terasa sikapnya terlalu bodoh berkelakuan seperti itu. Kalau dia minta maaf pasti kejadian memalukan itu tidak berlaku. Tapi dia seperti merasakan disebalik kejadian itu seperti ada hikmah. Namun, dia tidak pasti apa maksudnya itu.
“Aril..” kedengaran namanya dipanggil.
Kelihatan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan pertengahan 50 tahun baru keluar dari ruang dapur. Dia memberi senyuman manis pada wanita itu.
“Awal Aril balik hari ni? Kenapa dengan baju, Aril?” tanya wanita itu.
Teringat kembali kejadian di Food Court BP Mall tadi. Dia tersenyum. Berkerut dahi wanita itu melihat senyuman dibibirnya itu.
“Umi tanya, kenapa dengan baju Aril tu? Kenapa pula Aril tersenyum?” tanya Umi lagi sambil duduk disebelahnya diatas sofa berwarna kuning.
Dia tersenyum sumbing.
“Tak ada apa-apa, Umi. Tadi Aril tertumpahkan air, itu yang baju Aril kotor.” Katanya sambil merenggangkan badanya.
“Ingat minggu bulan ni, ikut Umi pergi rumah kawan lama Umi.” Pesan Umi.
Berkerut dahinya. Ini mesti Uminya ingin memperkenalkan dia dengan anak-anak dara kawan Umi itu. Malas dia nak fikirkan pasal hal ini, baginya masih terlalu awal untuk memikirkan bab kahwin ini. Dia mengeluh.
“Alah, Umi. Malas Aril, ni mesti Umi nak ‘kenen-kenenkan’ Aril dengan anak kawan Umi tu.”katanya.
Dia mengeling kepala. Terasa mustahil untuk dia meluangkan sedikit masa untuk bercinta dengan kerjanya yang berlambak di pejabat. Pasti ada pertengkaran di antara dia dengan teman wanitanya itu.
“Lagi pun, kerja Aril dekat pejabat tu berlambaklah, Umi. Aril takut
Aril tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna sebagai seorang suami.” Sambungnya.
“Alah, kamu tu bukannya makin muda. Umur pun dah masuk 31 tahun, dah layak jadi suami orang. Lagi pun Umi tengok budak Lisya tu baik budaknya, Umi pasti dia faham dengan kerja kamu tu.”
Melihat kesungguhan Uminya itu. Dia mengalah. Ikutkan sajalah permintaan Uminya itu, malas dia nak berbincang lagi pasal jodohnya itu.
“Kamu jangan lupa.” Pesan umi lagi.
Dia hanya mengangguk dan melangkah ke arah anak tangga dengan longlai.
......................
Berkerut dahiku melihat sebuah kereta BMW 3 Series berwarna hitam diletak elok di halaman rumahku ni. Kawan Emak ke? Tapi kawan Emak yang mana pula? Entahlah... aku menukarkan beg plastik yang penuh dengan barang runcit ke tangan kiriku. Berat pula aku rasa barang yang aku beli ni. Untung dekat aje kedai runcit. Taklah penat aku menapak.
Kedengaran suara Emak dengan suara wanita yang aku rasa begitu kenal tengah ketawa. Aik... rancak betul mak aku ketawa. Siap sampai luar dengarnya. Ish... tak serupa cakaplah, Emak ni. Selalu pesan dekat aku, anak dara jangan ketawa kuat-kuat tak elok. Tapi mak boleh pula ketawa kuat-kuat. Ayoyo... mak aku tu bukan anak dara lagi dah mak dara dah. Aku membetulkan tudungku.
“Assalammualaikum.” Aku bagi salam sambil membuka selipar Jepunku dihadapan pintu utama.
Seretak orang membalas salamku. Aik.. ada suara lelaki pula? Ish, ish... menyuspenkan pula aku rasakan. Takkan ada rombongan melawat rumah aku hari ni. Ish.. bila masa pula mak aku ada buat program macam tu pula. Takkanlah... Berdegup kencang jantungku.
“Liya ke mari, nak.” Panggil Emak.
Aku tidak jadi melangkah kedapur dan langkahku arah keruang tamu. Beg plastik yang aku pegang, aku letak di atas meja makan. Kelihatan Puan Haryati tersenyum apabila melihatku. Aku membalas kembali senyumannya. Aku melihat bahagian belakang badan seorang lelaki. Dari bentuk badannya, kelihatan lelaki itu mungkin sebaya dengan Abang Long.
Aku dah agak. Memang menyuspenkan. Siap bawa anak lelaki dia sekali ni.
Patutlah, hari itu beria-ia dia cakap pasal anaknya tu. Mati kau Liya, nak lari kemana kau? Aku menyalami tangan Puan Haryati dan aku merasakan tangannya mengusap kepalaku.
“Dah lama, Umi sampai?” soalku.
Umi tersenyum sambil memandangku. Inilah bakal menantuku, dia pasti dapat jaga anakku sebaik mungkin.
“Umi baru sampai. Ah.. itulah anak tunggal Umi yang selalu duk Umi ceritakan.”
Aku menoleh. Mahu saja aku pengsan disitu juga bila melihat wajah anak Puan Haryati. Bertapa kecilnya Batu Pahat ni? Aku tersenyum sumbing. Anak Puan Haryati tersenyum memandang wajah kelatku.
Kelihatan anak Puan Haryati mengangkat kening belah kirinya. Ceshhh... ingat dia seorang aje yang boleh buat. Aku pun reti angkat kedua-dua sekali.
“Liya, kamu temankan Abang Airu kejab. Emak dengan Umi nak kedapur, nak siapkan makan tengahari.” Arah emak.
Aku berkerut dahi. Abang Airu? Aku kena temankan mamat ni? Berdua dekat ruang tamu ni? Tak mau, aku lebih sanggup masak dari temankan mamat ni.
“Tak apalah, Emak. Biarkan Liya yang masak aje.”
Melihat jelingan maut dari Emak. Secara automatik, aku duduk di sofa yang berhadapan dengan anak Puan Haryati. Takut kena ceramah bertauliah Emak bertajuk ‘Balasan-balasan mengingkari arahan seorang Ibu’.
Aku bermain hujung tudungku. Tak ada mood nak berbual, dari gaya mamat tu pun aku tahu. Ish... kenapalah nasib aku jadi malang sejak bertemu mamat ni.
“Tak sangka saya yang selalu Umi saya cerita pasal Lesya, rupa-rupanya awak.” Anak Puan Haryati tersenyum.
Ek eleh, mamat ni. Bila masa ‘awak’ dah mengambil alih kepada ‘kau’ dekat aku ni? Nak tunjuk baiklah tu depan bakal emak mertua. Eh... kejab, itu Emak akulah bengong. Aku mencebik.
“So awak buat apa dekat sini?” soalku.
Anak Puan Haryati tersenyum mendengar soalanku. Kalau perhatikan dia dalam keadaan macam ini. Makin menyerlah kecomelan gadis ni. Makin lebar senyumannya. Berkerut dahiku melihat senyuman pemuda itu. Pelik sangat ke soalan aku tadi?
“Dah Umi saya dekat sini, mestilah saya temankan Umi saya.” Jawabnya.
Aku buat muka selamba badak. Memang muka aku sekarang tak ubah macam badak. Menahan gelora dihati ni. Aku dapat merasakan, aku bakal kena musibah yang tak dapat aku bayangankan.
“Oh... ya. Saya lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Aril Khairuzan Bin Khazin, awak boleh panggil saya Aril atau nak lebih mesra sikit, panggillah abang.”
Aku mencebik. Meluat aku. Tak kuasa aku nak panggil kau abang. Macamlah aku ni tak ada abang. Ada abang seorang pun dah cukup menyeksakan, ini lagi tambah mamat ni nak jadi abang. Tak apalah terima kasih tapi dia nak jadi abang yang mana satu?
“Dan awak Nur Aliya Khalisah Binti Khalifah. Umi selalu panggil awak Lesyah, keluarga awak mesti panggil awak, Liya. Apa kata saya panggil awak honey aje?” sambungnya lagi.
Mak ai.. kau ingat aku ni honey bunny ke? Tak mau aku. Tetiba nak panggil aku honey. Ish.. berbulu telinga aku dengar. Sah, dia nak jadi abang yang dekat hati aku ni.
“Tak payahlah awak nak panggil saya, honey. Panggil aje Liyasyah, gabungan Liya dengan Lesyah.” Kataku selamba.
Aril Khairuzan tersenyum. Dalam keadaan macam ni pun, sempat buat lawak pula gadis ni. Makin berminat aku terhadapnya. Dia memandang wajah comel gadis itu.
Bila aku tengok mamat ni betul-betul. Mukanya sikit-sikit iras pelakon pujaan hatiku, siapa lagi kalau bukan Remy Ishak. Tapi Remy Ishak lagi kacaklah dari mamat ni. Sesuka kaki aku aje.
Dari cara dia bertutur, tandanya takkan ada pergaduhan akan meletus. Mungkin ini tandanya aku boleh mendekatinya tanpa dipaksa oleh Umi kerana hatinya telah tertawan dengan gadis dihadapannya itu. Dia tersenyuman menawan
“So saya harap dah tak ada lagi selipar Jepun terbang dekat saya.” Guraunya.
Aku menarik muka setelah mendengar kata-katanya tadi. Melihat reaksiku itu, Aril Khairuzan ketawa kecil. Ni memang ada kena cium selipar Jepun aku.
ada sambungan x??
BalasPadamlaaa abis kew???? x de sambungan kew???
BalasPadammana sambungannya mak cik?
BalasPadam