WA tengok Abang Wa macam nak telan dia. Sesuka kaki busuk dia masuk bilik jajahan Wa tanpa minta izin tapi dah dia buat perangai kaki busuk dia, Wa cakap bahasa Ploto pun bukan dia tak faham. Saja buat-buat tak faham. Makan tulanglah Wa dalam hati.
“Dik..” panggil Abang Wa. Wa angkat kening bagi isyarat suruh dia teruskan apa yang dia nak cakap dengan Wa. “Luq, kirim salam.” Dia sengih sebijik macam kambing. Wa buat muka selamba. Lawak Abang Wa yang satu ni dah lalilah dekat telinga Wa ni.
“Apa mimpi member Abang tu kirim salam? Lagi satu, salam boleh dikirim ke?” ambik sebijik dari Wa. Abang Wa buat muka nak sekeh kepala Wa. Wa sengih macam anak beruang dekat Abang Wa tu minta ampun.
“Asal Dik anti petala 99 dekat member Abang?” soal dia sambil peluk bahu Wa yang tengah baca komik kegemaran Wa dekat atas katil Wa. Apa lagi kalau bukan, Kijiya. Wa baca dah sampai dia nak jadi pelesit sepenuhnya. Abang Wa tarik komik Kijiya dari tangan Wa. Wa angkat muka.
“Aisehh!! Kacau betullah Abang ni. Dah part best ni.” kata Wa.
Abang Wa letak komik Kijiya dekat tepi dia supaya tak ada peperangan rampas kuasa tercetus. Abang Wa pandang Wa dengan pandangan yang Wa sendiri tak faham. “Explain.” Pinta Abang Wa.
Aisehh!! Apa punca dan sebab Abang Wa ni beria-ia nak tahu ni? Wa malas nak cakap sebab itukan member dia. Bukan member Wa pun. Jagalah sendiri member dia tu.
“Tarappapalah.” Kata Wa sambil perbetulkan kedudukkan Wa.
Abang Wa menggeleng. “Susah betullah masalah korang ni. Sana kata tanya sini. Sini pula kata tak ada apa-apa.” Rungut Abang Wa. Wa sengih aje. Wa nak cakap apa lagi.
“Kijiya, please.” Pinta Wa dengan tadah tangan kanan Wa dekat dia. Abang Wa merungus, lalu bagi Wa punya komik.
“Mummy panggil suruh makan.” Kata Abang Wa sambil tutup pintu bilik Wa.
Wa hanya mengerakkan kepala Wa kekiri kekanan. Bab makan Wa kurang sikitlah. Itu sebab badan Wa macam papan dekat kilang kayu balak. Ha ha ha.
..............................
BULAT mata Wa tengok orang yang duduk relaks macam duduk dekat kedai mamak dekat jalan Rahmat diruang tamu rumah family Wa. Aisehh!! Apa hal dia dekat sini? Terkentut Wa nak langkah masuk kedalam.
“Haii.. baru balik?” sapa dia. Sesuka tangan Wa lah nak baru balik ke apa. Ada susahkan Mu kah?
Wa buat selamba aje dengan sapaan dia tu. Wa baru naik beberapa anak tangga. “Sombongnya dia. Tak baik tau layan tetamu macam tu.” Kata dia. Whatever. Wa rasa tak mati terkilan kalau tak layan Mu. Wa teruskan misi Wa naik anak tangga.
Wa baru nak pulas tombol pintu bilik Wa. “Dik dari mana?” soal Abang Wa yang tengah berjalan. Wa pandang Abang Wa.
“Wahh!! Hensem-hensem ni, nak kemana?” Wa bagi soalan dekat Abang Wa punya soalan. Abang Wa senyum sampai telinga. Wa menggeleng. Pantang kena puji, terus sengih macam mamat bunga.
“Abang nak pi cari kakak ipar, Diklah.” Jawab dia. Wa angguk. What ever. Yang penting pandai jaga diri dekat luar.
“Jumpa Luq dekat bawah tak?” soal Abang Wa. Wa angkat bahu tanda apa-apa yang Abang Wa fahamlah. Malas Wa nak cakap pasal dia tu. Buang angin aje.
“Dik nak mandi dulu. Balik jangan malam-malam. Mummy dengan Daddy pi majlis Uncle Sam. Dik kat rumah sorang-sorang.” Wa bagitahu. Wa bukan dekat rumah sorang-sorang, ada Kak Eton sekali tapi dekat rumah tak ada orang lelaki lepas Abang Wa keluar kejab lagi.
Abang Wa angguk. “Okey... Abang usahakan balik awal.” Kata dia sambil turun anak tangga.
Sebelum Wa masuk dalam bilik. “Lu siap macam anak daralah, Kay. Wa tunggu Lu sampai buntut Wa kematu tau.” Rungut Luq.
“Sorry, bro. Wa dengar nasihat penaja dari Dik Wa lah.” Kata Abang Wa.
“Ohh... ya ke?”
Lepas tu, Wa dengar pintu ditutup. Wa buka selendang Wa warna ungu tu. Naik kapal angin Wa punya kepala pakai selendang sehari suntuk ni. Kerja dekat office pun tak habis-habis Wa tengokkan. Wa siapkan yang ni, datang yang tu. Wa rasa nak bakar itu bangunan dekat tempat Wa kerja aje tapi sebelum Wa sempat bakar itu bangunan. Wa dah kena lipat sama Daddy Wa, kena tembak peluru berpandu sama Mummy Wa dan kena backhand sama Abang Wa.
Jadi niat Wa tinggal niat ajelah. Layan aje kapal angin dekat office Daddy Wa tu. Siapa kata kerja sama Daddy sendiri goyang satu badan? Memang nak kena tendang maut dari Wa. Makin, kepala Wa yang bergoyang nak siapkan semua itu urusan kerja. Wa baringkan badan Wa sekejab dekat atas katil Wa yang lembut tu.
Hilang sikit penat dekat badan Wa ni. Mata pula makin berat. Aisehh!! Belum mandi lagi ni. Apatah lagi sembahyang. Wa gagahkan badan Wa yang dah lembik macam coklat kena panas. Wa angkat kaki Wa macam angkat berat 100 kg ke bilik air.
........................
AISEHH!! Time Wa tengah kecemasanlah Wa punya Lu Lu buat hal dekat lebuhraya. Wa nak minta tolong sama siapa? Wa garu kepala Wa yang tidak gatal. Wa tahu Lu Lu marah sama Wa tapi janganlah lancar mogok dekat lebuhraya. Buatlah mogok depan bengkel kah. Senang sikit kerja Wa.
Wa call sama Daddy Wa. “Assalammualaikum, Daddy.” Kata Wa bila Daddy Wa jawab call Wa.
“Waalaikummusalam. Dik dekat mana?” soal Daddy.
“Dik punya Lu Lu wat hal.” Adu Wa.
“Lah... Lu Lu wat hal dekat mana?” Soal Daddy.
“Dekat lebuhraya, Daddy. Macam mana dengan meeting SK Holding ni, Daddy?” soal Wa sambil bersandar dekat badan Lulu.
“Tak apa, nanti Daddy suruh Abang handle. Dik pula macam mana nak balik. Nak suruh Pak Mat ambil ke?” soal Daddy.
Wa berfikir sekejab. “Tak payahlah, Daddy. Dik call bengkel yang selalu Dik servis Lu Lu.”
“Betul ni?” Soal Daddy.
“Yap..”
“Nanti dah sampai bengkel call Mummy tau.” Pasan Daddy.
“Okey..” Jawab Wa.
Wa putuskan talian Daddy lepas bagi salam sama Daddy Wa. Wa baru nak dail itu nombor bengkel servis Lu Lu. Tiba-tiba, kereta BMW M6 Coupe warna hitam berhenti betul-betul depan Lu Lu. Aisehh!! Siapa pula ni? Nak rompak Wa ke? Wa tak bawa cash banyak sangatlah. Wa ada banyak kad kredit aje. Kalau nak, Wa dengan sebesar padang dataran Putrajaya Wa bagi.
Rahang bawah Wa jatuh bila tengok tuan punya kereta BMW M6 Coupe keluar. Aisehh!! Asal tersempak dia dekat sini? Kecik sungguh lebuhraya ni. Wa buat muka selamba.
“Kenapa berhenti dekat tepi jalan ni?” soal dia.
“Saja nak jadi model tepi jalan raya.” Jawab Wa. Apa? Ingat sesuka tangan Wa ke nak berhenti tepi jalan dengan cuaca panas macam dekat padang pasir ke?
Dia pandang Wa. Wa buat muka selamba. “Hello, Chia. I ni, Abirah Firdaus Binti Harisin. I punya kereta wat hallah.” Kata Wa dekat itu tauke bengkel servis Lu Lu.
“Itu anak Dato Harisin kah?” soal Chia.
“Taklah.. itu anak Datin Fairuz.” Gurau Wa.
“Ayoo... Cik Fir, buat lawak pula. Okay, dekat mana itu kereta buat hal?”
Wa putuskan panggilan Chia tauke bengkel servis Lu Lu, lepas bagitahu dekat mana Lu Lu buat hal. Wa pandang dia yang tengah bersandar dekat kereta dia. Apasal tak pergi-pergi? Buat semak samun aje dekat pandangan mata Wa.
“Nak apa?” soal Wa.
Dia pandang Wa. “Nak hantar balik office ke rumah?” soal dia.
Terangkat kening Wa. Bila masa Wa lantik dia jadi driver Wa ni? “Tak payah. Fir ikut pi bengkel. Nanti dekat bengkel, Fir call Mummy.” Jawab Wa.
Tak sanggup Wa nak duduk berdua-duan dengan Mu dekat dalam kereta Mu. Kalau Mu, Wa tak suka dengan kereta Mu pun Wa sama tak suka. Dia pandang Wa macam nak telan Wa hidup-hidup. Ada Wa takut sama Mu ke?
“Jangan nak degil boleh tak, Ira.” Suara dia naik dua volume. Dahi Wa berkerut. Siapa Mu mahu naik-naik suara sama Wa? Sesuka dagu Mu panggil Wa, Ira. Wa tak suka Mu panggil Wa guna itu nama. Alergi Wa.
Baru Wa nak cakap sama dia. Lori tunda sampai. Nasib baik Mu tak dengar ayat pedas dari Wa kalau tak bernanah Mu punya telinga.
“Cik Fir apa khabar?” soal pemandu lori tunda itu.
“Baik. Awan lak sihat?” soal Wa.
“Alhamdulilah. Kereta buat hal ke?” soal dia sambil tengok bahagian depan Lu Lu.
“A ah. Fir tak tahu, tetiba Lu Lu buat hal.” Wa bagitahu sama Awan.
Awan angguk. “Kena tengok dekat bengkel juga ni.” Awan bagitahu.
Wa angguk. Awan pandang dia. Lepas tu, dia pandang Wa. “Cik Fir nak ikut saya ke bengkel ke ikut dengan boyfriend Cik Fir?” soal Awan.
Terbeliak mata Wa dengar soalan Awan. Aisehh!! Dia ada rupa macam itu muka boyfriend Wa ke? “Taaa...”
“A ah.. Cik Fir ikut saya.” Dia potong cakap Wa.
“Maa..”
Dia tarik tangan Wa sampai dekat kereta dia. “Masuk.” Arah dia. Wa pandang dia. Dia buka pintu kereta dia dan paksa Wa masuk dalam kereta dia. Wa merungus kasar.
Wa tak suka dia layan Wa macam ni. Ingat Wa siapa sesuka dagu dia buat Wa macam ni? Dia tutup pintu kereta dia sebelum hidupkan kereta dia. Wa terus alihkan pandangan Wa keluar tingkap. Hati Wa tengah sakit hati sama dia.
...........................
“NAK kemana ni?” soal Wa bila jalan yang dia ambil bukan jalan kerumah Wa ataupun office Wa.
Dia diam aje. Hati Wa dah lain macam. Mu nak buat apa sama Wa? Wa call sama Daddy, mummy dengan Abang Wa kalau Mu buat benda bodoh sama Wa. “Nak kemana ni?” Wa jerit sama dia bila dia tak jawab soalan pertama Wa.
“Syhhh... boleh diam tak, Ira? Abang nak fokus dengan pemanduan Abang ni.” kata dia.
Wa merungus kasar. Sesuka dagu Mu gelar diri Mu ‘Abang’. Mu siapa nak jadi ‘Abang’ Wa? Wa tak inginlah Mu jadi abang Wa.
Dia berhenti dekat taman yang Wa sendiri tak tahu dekat mana terletaknya. Lepas aje, dia matikan enjin kereta dia. Wa terus keluar dan cari mana-mana tempat yang senang nak cari teksi ataupun bas. Wa lagi sanggup naik bas balik kerumah dari naik kereta dia.
“Ira..” panggil dia sambil pegang pergelangan tangan Wa. Wa pandang dia marah. Sesuka dagu Mu pegang Wa. Apa hak Mu nak pegang-pegang Wa? Mu ada labur saham sama Wa ke? “Sorry.” Kata dia sambil lepas pergelangan tangan Wa.
Wa malas nak layan dia. Wa tinggalkan dia dengan kereta dia.
“Ira nak kemana?” soal dia sambil mengikuti Wa.
“Suka hati, Fir lah.” Jawab Wa dengan kasar.
“Abirah Firdaus Binti Harisin anak kepada Dato Harisin dengan Datin Fairus dan adik kepada Khairul Amirin Bin Harisin.” Panggil dia.
Wa merungus kasar. Tak suka betul Wa bila dia panggil Wa macam tu. Wa pusingkan badan Wa dan pandang dia yang tengah berdiri sambil tersenyum pandang Wa.
“Ada apa Luqman Hakim anak kepada Dato Kaisan dengan Datin Adrin Malina dan abang kepada Syazleen Nazira?” soalku.
“Sorry...” kata dia sambil mendekati Wa. “I love you so much, Ira.” Luahan hati dia.
Wa buat muka selamba. “Whatever.” Kata Wa sambil pusingkan badan Wa untuk meneruskan misi mencari pengangkutan lain untuk balik rumah.
Dia hadang Wa nak jalan. Dia melutut sambil tersenyum pada Wa. “Sudi jadi isteri Abang?” soal dia sambil keluarkan kotak kecil di poket seluarnya.
Wa mencebik. “Tak sudi.” Wa tinggal dia.
“Ira, please. Semuanya salah faham aje. Abang memang tak ada apa-apa hubungan dengan Noraz Ikha. Kami Cuma kawan biasa aje.” terang dia. Wa percepatkan jalan Wa.
“Ira.” Panggil dia sambil pegang lengan Wa.
“Apa?” soal Wa.
“Love you and miss you.” Kata dia.
............................................
WA pandang NI dari hujung mata. Sebenarnya Wa malas nak dengar cerita pasal hubungan NI dengan Dia. Wa tak ada kisah kalau NI ada hubungan istimewa dengan dia. Wa tak nak ambil tahu.
“Fir.. Noraz betul-betul tak ada apa-apa hubungan dengan Luq. Kami Cuma kawan biasa aje.” terang Noraz Ikha.
Wa mengeluh. “Fir tak kisah kalau Noraz ada apa-apa atau benda-benda dengan dia pun. Tak kisah.” Kata Wa.
Noraz Ikha mengeluh. “Kesian Luq, Fir buat macam tu.” Noraz Ikha Buat suara sayu.
Ini yang Wa malas nak jumpa NI. Wa dah kata Wa tak kisah, maknanya Wa memang tak kisah. “Whatever.” Kata Wa
“Luq betul-betul cintakan Fir. Walaupun Fir tinggalkan Luq macam tu, Luq tetap setia dengan Fir. Kekadang Noraz cemburu dengan Fir sebab Fir dapat lelaki yang begitu cintakan Fir.” Suara Noraz Ikha perlahan. “Sebenarnya memang Noraz ada simpan perasaan dekat Luq. Luq sendiri pun tahu perasaan Noraz tapi Luq layan Noraz tak lebih dari kawan sebab dia cintakan Fir. Janganlah Fir seksa Luq macam tu. Kesian Luq.” Sambung Noraz Ikha.
Wa diam. Wa tak tahu nak cakap apa dengan NI. Betul ke apa yang NI cakap sama Wa? “Tapi Noraz dah tak ada perasaan dekat Luq sebab ada seorang lelaki yang sama baik macam Luq. Sekarang ni, Noraz anggap Luq macam kawan baik Noraz aje. tak lebih dari itu, walaupun pada suatu ketika Noraz ada perasaan dekat Luq.” kata Noraz Ikha lagi.
Wa pandang Noraz Ikha yang tengah tersenyum manis sama Wa. “Noraz nak bagitahu Fir adalah gadis paling bertuah dapat cinta dari lelaki macam Luq. Fikir-fikirlah pasal Luq.” Pesan Noraz Ikha selepas dia bagi salam sama Wa.
........................
DAHI Wa berkerut tengok Mummy dengan Kak Eton sibuk dekat dapur. Daddy pula berbual dengan telefon. Abang Wa pula dari subuh tadi dia tersenyum keliling kepala dia. Wa berdiri dekat pintu dapur.
“Mummy ada apa ni? Siap Mummy kena turun padang masak dengan Kak Eton?” soal Wa pelik.
Mummy tersenyum. “Bakal menantu mummy nak datang.”
“Hah?”
Wa dengar ada orang bagi salam. Wa hayati suara orang yang bagi salam tu macam Wa kenal. Wa jenguk kepala Wa. Bulat mata Wa tengok siapa yang datang. Takkanlah dia datang nak pinang Wa. Wa tak setuju. Wa terus jalan kearah dia yang tengah rancak berbual sama Abang Wa.
“Buat apa datang sini?” soal Wa.
Semua yang ada dekat situ pandang Wa. Wa dah tak peduli. Dia dah melampau.
“Fir dah kata tak sudi jadi isteri Luq.” Kata Wa.
Dia membatu. Abang Wa dah melopong. Mummy dengan Daddy berpandangan sesama sendiri.
“Fir tak cinta Luq lagi.” Kata Wa lagi.
Dia masih membatu. Abang Wa dah terlopong tahap gua Musang. Mummy dengan Daddy menggeleng.
“Dik..” panggil Abang Wa. “Bila masa Dik dengan Luqqq...”
“Assalammualaikum.” Semua mata beralih arah kepada tuan punya suara yang bagi salam.
Dahi Wa berkerut. Kenapa NI ada dekat rumah Wa? Wa pandang Abang Wa bila teringat balik kata-kata Noraz Ikha yang dia kata dia dah jumpa lelaki yang sama baik macam Luq. Muka Wa dah merah padam. Wa gigit kuku jari Wa.
Wa terus berlari keluar dari rumah. Wa tak sanggup nak berdepan dengan semua keluarga Wa, NI dan dia. Wa tak sanggup. Wa buka pintu Lu Lu tapi ditahan oleh dia.
“Ira sampai bila Ira nak melarikan diri?” soal dia.
Wa diam. Wa tak tahu nak cakap apa. Dahlah terkantoi sama Daddy, Mummy dengan Abang Wa pasal hubungan Wa sama dia. Sudah dua tahun Wa sembunyikan perkara ni dari Daddy, Mummy dengan Abang Wa. Wa buat macam tu sebab tak nak benda macam ni terjadi bila Daddy, Mummy dengan Abang Wa tahu tapi Daddy, Mummy dengan Abang Wa baru aje tahu.
..........................
WA tersenyum melihat Abang Wa sibuk berkepit dengan isteri dia, Noraz Ikha. Alhamdulillah, dengan sekali lafas Noraz Ikha dah jadi kakak ipar Wa paling sporting dalam dunia ni. Wa perasan muka Noraz.. eh, silap!! Wa perasan muka kakak Noraz Ikha merah padam dengan tingkah laku Abang Wa yang terlebih romantik tu. Wa yang tengok pun geli-geliman. Nasib Kak NI lah dapat Abang Wa. Ha ha ha...
“Apa yang sayang senyum-senyumkan tu?” Wa pandang dia yang duduk dekat sebelah Wa.
“Abang dengan Kak Noraz.” Jawab Wa sambil peluk lengan dia.
Sebenarnya majlis Wa serentak sama Abang Wa pagi tadi. Abang Wa yang bagi cadangan supaya majlis Wa dengan dia serentak. Dia kata baru meriah. Wa tak kisah, yang penting Luqman Hakim jadi milik Wa. Milik Wa sepenuhnya. Wa dah tak boleh nafikan yang Wa memang cinta dia sampai syurga. Wa nak hidup bahagia disamping dia sebagai isteri dia. Jadi Mummy kepada anak-anak kami.
“Love you, sayang. Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.” Seraya berkata dia mencium tangan Wa. Wa hanya tersenyum manis dengan tingkah laku dia.
“Love you too..” kata Wa.
besy~
BalasPadam